Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Friday, July 31, 2009

PAS hilang seorang lagi ADUN

KUALA LUMPUR, Julai 31 — PAS hilang satu-satunya ADUN parti itu di Pulau Pinang, apabila ADUN Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Intitut Jantung Negara jam 6.15 pagi tadi.

Jenazah beliau kini dalam perjalanan ke Permatang Pasir untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Permatang Pasir selepas solat Asar petang ini.

Pemergian Hamdan bermakna, sekali lagi rakyat Permatang Pasir akan mengundi kerana mereka telah mengundi dua kali tahun lalu; dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ini bermakna, kedudukan mereka sama sahaja dengan jiran mereka, penduduk Penanti yang juga menghadapi pilihan raya kecil sebelum ini.

Hamdan sudah menjadi ADUN kawasan itu selama tiga penggal iaitu sejak pilihan raya kecil ke 10 iaitu tahun 1999 lalu.

Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantungnya.

Sebelum ini, beliau pernah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2003 lalu di Hospital Besar Pulau Pinang.

Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an.

"Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man.

Baru-baru ini Allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk sempena ulangtahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.

Turut berada di IJN pagi tadi adalah ahli keluarganya serta para pemimpin PAS. Antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad, Datuk Husam Musa, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dan pimpinan PAS yang lain.

Dengan kematian Hamdan, SPR mempunyai masa selama 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan itu.

Antara nama yang popular untuk menggantikan Hamdan adalah AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man sendiri.

Mohamad Sabu dikira mempunyai kelebihan tersendiri kerana hubungan yang baik beliau dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

No comments:

Related Posts with Thumbnails