Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Tuesday, July 21, 2009

ADUN bukan Islam kesal UMNO abaikan Sekolah Agama Islam???

UMNO Abaikan Sekolah Agama...

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Senawang, P.Gunasekaran, kesal kerana keselamatan Sekolah Agama Persekutuan Labu di kilometer 15, Jalan Labu, diabaikan apabila tembok pagar sekolah tersebut telah runtuh.

Menurut Gunasekaran beliau telah meninjau keadaan tembok pagar yang runtuh ini dan beliau telah menghantar surat aduan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bertarikh 3 Julai 2009.

Gunasekaran juga berkata salinan surat aduan tersebut juga telah dihantar kepada ADUN Labu, Dato' Hasim Rusdi; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Dato' Abdul Halim Abdul Latif dan kepada Jabatan Kerjayaraya Negeri Sembilan.

Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil oleh mana-mana pihak atau kerja pembaikan telah dilakukan.

" Tembok pagar sekolah yang runtuh ini menghadap laluan utama iaitu Jalan Labu, tapi saya berasa hairan bagaimana ADUN Labu yang sering menggunakan laluan utama ini tidak peka dengan keadaan tembok pagar runtuh ini?

" Yang paling mengecewakan ialah, beliau juga merupakan EXCO kerajaan Negeri Sembilan dan tidak mengambil sebarang tindakan sehingga ke hari ini," katanya.

Gunasekaran mengulas bahawa dengan tembok pagar yang runtuh ini, keselamatan pelajar sekolah dan harta benda sekolah sendiri berada dalam keadaan bahaya.

" Tembok yang telah runtuh ini sudah pasti memudahkan penjenayah untuk memasuki kawasan sekolah dan asrama Sekolah Agama ini.

" Keselamatan pelajar yang tinggal didalam asrama juga berisiko apabila keadaan tidak sempurna ini akan mengundang pelbagai anasir jenayah dari luar kawasan sekolah", kata Gunasekaran.

Sehubungan itu Gunasekaran meminta pihak yang bertanggungjawab segera membaiki tembok pagar yang runtuh ini sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

sumber - sesamaislam

No comments:

Related Posts with Thumbnails