IPOH 20 Julai - Ulama dalam Pas patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.
Zambry Abdul Kadir berkata, sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar untuk golongan ulama Pas memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.
( Di bawah ialah gambar Mohammad Nizar Jamaluddin sedang memasang lilin. Di sebelah Mohammad Nizar ialah seorang Amoi yang kelihatan memakai baju warna warni. Mereka berdua sedang diperhatikan oleh seorang Apek yang memakai baju puteh. Dikeliling mereka adalah ahli-ahli DAP yang degil tidak mahu memakai baju hitam walau pun ini adalah upacara agama.)
SEDIH DIATAS KEMATIAN TEOH BENG HOCK

sumber - tukartiub
2 comments:
Eh kenapa dia boleh orang lain tak boleh
Orang ini kan "taiko segala taiko" yang berlesen di Malaysia. Siapa berani tentang nanti kena masuk ISA. Pembodek, pengacau dan penghianat Ibrahim Ali @ I Anjing pula akan menyalak dengan penuh kegembiraan apabila penentang ini masuk ISA...
Post a Comment