Salam,
Burrpp!! Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang mengurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk berbuka puasa tadi..
Semenjak dua menjak ni timbul pulak isu DS Najib nak PAS sudi ber'perpaduan' dengan UMNO.
Pada teman inilah sebenarnya yang amat-amat dituntut didalam Islam.. Perpaduan!
Siapa yang nak sengketa? siapa yang nak gaduh-gaduh? Israel pun kalau boleh tak nak berperang dengan Palestin tapi dah memang mentaliti kepala hotak yahudi memang macam tuh!
Teman pun dah lama teringin nak berbual-bual dengan puteri-puteri UMNO tuh? hehehe
Dalam isu Najib ni terbukti buat kesekian kalinya betapa lembab dan lewatnya pemikiran pemimpin UMNO Dulu, Kini Dan Selamanya!!!
Tuan Guru Nik Aziz sebenarnya telah pun menghulurkan tali persahabatan antara PAS dengan UMNO sejak dulu lagi! Ingat lagi didalam salah satu ucapan/kuliah Tuan Guru lebih 10 tahun dulu.
Kata beliau " Kita lawan UMNO ni sebab dia perlembagaan parti dia sekular,kalau dia terima Al-Quran sebagai perlembagaan parti, negara, saya pun tak mau pada PAS dan buat apa kita lawan dia(UMNO)? Ambo sendiri akan (usulkan) bubarkan PAS dan jadi orang pertama masuk UMNO!"
so? apa masalahnya pada Najib? pada ahli UMNO? apa masalahnya?
bukankah kita semua mengaku beragama Islam kan?
persoalannya, mengapa sukar menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan Pasti? sebagai undang-undang dalam parti?
Tuan Guru siap bagitau nak bubarkan PAS dan jadi bekas ahli PAS yang pertama menyertai UMNO!!! Begitu besar jiwa seorang lelaki ini.
Tak pernah pulak teman dengor Presiden UMNO bagitau ayat yang sama? "UMNO akan bubar kalau PAS ubah perlembagaan parti daripada menggunakan Al-Quran kepada perjuangan melayu! dan saya akan menyertai PAS!!!"
Mungkin nak jadikan Al-Quran sebagai undang-undang negara agak kompleks lagipun memang dari dulu UMNO terkenal hanya berani kepada PAS tetapi mengecut kepada MCA dan MIC (takut hilang undi).
Takkan nak jadikan AL-Quran sebagai tunjang parti pun UMNO kecut kat MCA dan MIC?
PAS yang selalu ahli UMNO katakan pengkhianat dan ikut telunjuk DAP inipun berterus terang berkenaan prinsip Islam kepada semua kompenen PR terutama kepada DAP.
Kesimpulannya, Tuan Guru Nik Aziz dah lama mahu berbaik malahan bersatu dengan UMNO. Cuma UMNO sahaja yang terlalu payah mahu menerima Islam sebagai perlembagaan dan undang-undang, kalau tidak dah lama teman pun jadi ahli UMNO!!
sunsnake
9.9.09 - 7.45pm
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment