Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Wednesday, September 2, 2009

Harapkan Tin, Tin makan biskut!

Subhanallah! apa la nak jadi ni.. kalau dah pengawal keselamatan pun tak selamat! cemano?
sunsnake

Pengawal mahkamah bersalah mencuri
Sep 2, 09 1:34pm
Seorang pengawal keselamatan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dijatuhi hukuman penjara sepuluh bulan hari ini
setelah mengaku bersalah mencuri sebuah komputer riba daripada perpustakaan di kompleks itu kira-kira dua bulan lepas.

Majistret Hafizza Sauni memerintahkan Mohd Zukey Ismail, 41, menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh beliau ditangkap iaitu 21 Julai 2009.

Sebelum ini, di mahkamah yang sama pada 8 Ogos lalu, Hafizza telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Mohd Zaki Ishak, 26, setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang sama.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di kompleks itu pada jam lebih kurang 1 petang pada 19 Julai 2009.

Mengiku fakta kes, pemeriksaan rakaman kamera litar tutup (CCTV) menunjukkan kedua-dua tertuduh telah keluar daripada perpustakaan itu pada hari kejadian.

sumber - malaysiakini

No comments:

Related Posts with Thumbnails