Kedapatan seorang lelaki...
Yang amat gagah fizikalnya..
Yang amat tajam pandangan mindanya..
Yang amat lunak tutur katanya..
Yang gegak gempita jerit suaranya..
Yang halilintar membelah bumi hentakan kakinya..
Yang bijak segala seginya..
Namun.. apalah ertinya jika dia hanya di Kampung..
Bekerja kilang bergaji bulan...
mengharap dan mengira hari mendatang menunggu tarikh..
untuk membayar kereta dan rumah..
selain membeli nasi dan beras..
Isteri tersayang diulit-ulit..
inilah isteri yang banyak membantu..
Tanpanya mungkin lelaki ini tumbang!
kerana tiada daya melainkan semangat isteri..
yang mampu menepis segala cabaran mendatang..
Tanpa dirancang..
rezeki datang bergolek-golek..
teman lama dihubung bantu..
Kerja dengan syarikat UMNO negeri....
Pendapatan pastinya berangka-angka!
Akhirnya membawa diri laki bini ke utara..
Mencuba nasib menambah harta..
Jawatan makin naik bertingkat!
Semakin cepat ditambah pangkat.
Semakin ramai orang nak dekat..
Akhirnya 'yang istimewa' jugak yang lekat!
Setelah selesai mereka bermuafakat..
Tarikh ditetap untuk merapat!
Akhirnya tinggallah isteri yang setia..
dek janji baru ntah si janda mana..
yang timbul hanya bila berharta!
Yang ntah tau ntah idak siapa empunya!
talak dilafaz buat yang setia!
Sayang dihulur buat ntah si janda!
Inilah dia masalah melanda..
bila berkawan dengan parti durjana!
Tak nampak kubur hanya nampak dunia!
Agaknya pada mereka hidup ni selama-lama..
Dulu susah di kampung.. duit memang takde..
Namun Kasih sayang berjela-jela..
Hidup bahgia walau harta tak punya..
Beras secupak dikongsi berdua!
Kembalilah wahai lelaki terhebat!
Kepangkuan isterimu sementara teringat..
Sebelum segala aurat akan tersekat!
Sebelum akad dinyah berkat!
Marilah Sahabat... Marilah Saudaraku
Kembalilah ke jalan Tuhanmu..
Tinggalkan parti durjana perosak segala..
Sementara nafas masih bernyawa..
Sementara jantung masih berirama!
Allah Maha pengampun tak kira kamu parti mana!
Aku sedia membantu setakat yang terdaya!
sunsnake 14.09.09
(khas buatmu.. just friend...)
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment