Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Sunday, September 6, 2009

UMNO suka Berak dan tinggalkan, tuduh orang lain!


"Assalamualikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,.. Menarik sekali mengikuti perkembangan kuil hindu di Shah Alam. bantahan penduduk seksyen 23, Shah Alam mencapai kemuncaknya apabila dailog MB dan MP Shah Alam kecoh dan hangat.Akhirnya keputusan dicapai untuk membekukan rancangan asal pemindahan tersebut. Sekali imbas nampak benar kerajaan PR tunduk kepada tekanan tetapi apabila difikirkan semula, ianya menjadi tamparan hebat kepada pihak penentang kerana selepas ini mereka tidak lagi boleh memanjangkan isu ini untuk mendapat sokongan. Lantaran siapa yang rugi dan siapa yang bodoh?lu fikirlah sendiri. Namun disebalik semuanya ini terselit satu kisah bagaimana UMNO yang suka berak dan tinggal, berak lagi, tinggal lagi sehingga baunya menusuk hidung, maka muncullah mereka menuding jari kepada orang lain.


Permasalahan kuil yang merata dan tidak tersusun bukanlah masalah baru di Selangor (dan di seluruh negara).Kuil di sekyen 19 itu pula bukan kuil yang baru dibina selepas PR menang pilihanraya tetapi sudah terpacak di situ sejak lebih setengah abad yang lalu.Kuil tersebut menjadi mangsa pembangunan yang dibuat oleh UMNO sehingga kini ianya menjadi masalah kepada penduduk setempat.Hasrat kerajaan PR untuk mengalihkan kuil tersebut hanya merupakan tindakan pembetulan bagi memastikan kedudukannya terurus dan tidak menjadi gangguan kepada penduduk.Itu saja sebenarnya, ianya bukan masalah yang dibuat oleh kerajaan PR Selangor tetapi merupakan sebahagian tahi yang ditinggalkan UMNO.Tetapi nampaknya mereka yang sudah berak bertahun tahun lamanya muncul kembali untuk membantah pemindahan kuil tersebut dan menuding jari kepada kerajaan PR sebagai orang yang meninggalkan tahi tersebut.

Penafian exco pemuda sebagai dalang perarakan kepala lembu nampaknya semakin diyakini sebaliknya.Sudah menjadi kebiasaan UMNO untuk tidak mengaku berak di tengah jalan dan apa yang diluahkan oleh exco pemuda tersebut kelihatan seperti itu.

Sama halnya isu babi dulu, sesudah babi menjadi satu masalah besar yang ditinggalkan UMNO dan cadangan membina ladang ternakan moden diluluskan dan disertai oleh mereka, tiba tiba apabila kerajaan PR mahu melaksanakan apa yang telah diluluskan mereka, muncul pula puak puak mereka membantah.Membantah tahi mereka sendiri dengan tuduhan tuduhan yang melulu dan tidak masuk akal.

Percambahan perbuatan maksiat di zaman pemerintahan UMNO bukan rahsia lagi di mana hampir semua pusat pusat maksiat itu dikawal selia oleh UMNO, tetapi apabila timbul kekecohan mengenai rampasan arak, muncullah mereka menjadi pembela agama di samping dengan egonya menuduh PAS sudah hilang arah dan tunduk kepada kafirun.Itulah yang terjadi di tengah tengah kemelut yang terpaksa di hadapi PAS di Selangor.Pusat maksiat yang tumbuh seperti cendawan, orang Islam minum arak macam minum air sejuk, remaja remaja tidak lagi malu untuk berasmara di celah celah batu batan bandaraya dan segala macam maksiat yang dipupuk dan dibajai oleh UMNO di zaman pemerintahannya.Ketika itu, apabila ada penguatkuasaan undang undang pencegahan maksiat, muncullah pemimpin pemimpin UMNO menghalang dengan slogan, "jangan hukum, didik dia" dan menangkap orang Islam yang minum arak di tempat awam boleh menjejaskan imej Islam.Akhirnya pengutakuasaan undang undang pencegahan maksiat jadi longlai di zaman UMNO.Namum kini mereka menuding jari kepada PAS sebagai tidak berfungsi untuk mencuci tahi yang mereka tinggalkan.dan muncullah mereka sebagai pembela agama nombor wahid walhal apa yang ditingalkan mereka ialah tahi tahi yang semakin membusuk.

Memang UMNO suka berak dan tinggalkan tahi mereka di merata rata.

sumber - chendering

No comments:

Related Posts with Thumbnails