Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, September 15, 2009

Terima Kasih Kerajaan Malaysia!!!

Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah SWT atas limpah kurnianya.. Hidayahnya kepada mereka yang berkuasa melepaskan tahanan ISA.

Berita pembebasan yang diterima tadi benar-benar memegunkan teman! Ketika sibuk dengan pekerjaan, sms yang memecah kesunyian opis teman benar-benar secara tiba-tiba menyebakkan hati.

Terima Kasih kerajaan Malaysia, Terima Kasih PM Najib, Terima Kasih Menteri Hishamuddin, Terima Kasih Menteri-menteri kabinet!

Terima Kasih diatas kesudian menerima hidayah Allah SWT bagi membebaskan beberapa orang tahanan ISA yang zalim ini! Atas apa jua alasan bagi kamu semua membebaskan mereka, teman ucapkan ribuan Terima Kasih!

Tak dapat teman bayangkan apakah perasaan isteri-isteri tahanan-tahanan tersebut apabila dapat mencium tangan suami mereka di pagi Aidilfitri ini nati, InsyaAllah!
Bagaimana pula agaknya perasaan anak-anak mereka yang telah sekian lama tercari-cari ayah mereka di pagi 1 Syawal? Maha Suci Allah!!

Inilah antara secebis keindahan apabila keadilan dapat ditegakkan di Malaysia!!
Cuba kita bayangkan, bagaimana jika beberapa lagi kezaliman oleh Kerajaan UMNO-BN ini dapat dinyahkan??

Cuba kita bayangkan bagaimana leganya hati dan jiwa keluarga Mendiang Kugan yang mati didalam tahanan Polis apabila mengetahui punca sebenar kematian mendiang dan mungkin beratus lagi keluarga tahanan polis yang mati dalam tahanan!

Betapa gembiranya keluarga Teoh Beng Hock apabila punca sebenar kematiannya diketahui dengan adil dan tanpa sebarang 'magis' daripada kerajaan dan agensi-agensinya!

Cuba kita bayangkan bagaimana gembiranya rakyat Malaysia apabila setiap sen duit negara ini dibelanjakan dengan penuh berhemah dan ber'hati perut' oleh Kerajaan Malaysia! dimana hasilnya nanti rakyat akan merasai betapa indahnya kehidupan yang berkualiti!

Setiap sen cukai yang rakyat bayar mampu diterjemahkan semula oleh Kerajaan Malaysia apabila berjaya melengkap prasana kelas pertama untuk rakyat baik dari segi pengangkutan, ekonomi mahupun sahsiah peribadi.

Alangkah bahagianya apabila setiap kemudahan untuk rakyat diberi adil kepada semua dan bukan hanya bermusim terutama hanya apabila tiba musim pilihanraya sahaja?

Dan setiap inci pelusuk tanahair diambil berat dan diawasi dengan penuh bertanggungjawab dalam membangunkannya dan bukan hanya 2-3 tempat sahaja yang menjadi 'ANAK EMAS KERAJAAN PERSEKUTUAN!

Alhamdulillah.. aku bersyukur padamu Ya Allah diatas pembebasan ini!

sunsnake 15.09.09

berita pembebasan disini
dan sini

No comments:

Related Posts with Thumbnails