Keputusan SPR kelmarin telah terang dianggap adil oleh pemimpin UMNO. Ia juga suatu keputusan yang melegakan Datuk Abu Hasan Sarif, ADUN Kota Seputih yang jelas tidak bertanggungjawab, cuai dan menghina dewan undangan negeri Kedah.


Mungkin kita boleh komen atas alasan SPR itu: Pertama, Perkara 51 jelas tidak menyatakan kekosongan kerusi berlaku bila seseorang ADUN tidak hadir dua kali berturut-turut dalam tempoh satu penggal yang sama; keduanya, SPR mudah percaya dengan bukti surat sakit itu dibuat, tanpa mempersoalkan sejauhmanakah sahihnya, atau mungkinkah surat sakit itu bertujuan menutup kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab ADUN tersebut yang jelas menghina dewan undangan negeri.
SPR juga dilaporkan berpandangan bahawa di atas ketidakhadiran ADUN itu sebanyak dua kali berturut-turut, padan dengan dipanggil ADUN itu menghadap Jawatankuasa Terpilih Dewan atas kesalahan tidak melaporkan ketidakhadirannya ke sidang dewan. Di sini, mungkin SPR tidak melihat kekuatan Perkara 51, Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.
Seorang ADUN yang telah bersumpah dalam dewan wajib mematuhi kesemua undang-undang yang berkaitan. Maka, tindakan ADUN itu sudah jelas gagal melapordiri hadir adalah jelas melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan melanggar sumpahnya sendiri. Oleh itu, sewajarnya Speaker menghukum mengikut kuasanya, ADUN itu hendaklah gugur. Sekarang jelas, SPR sekali lagi bertindak tanpa melihat kuasa khas Speaker menurut lunas undang-undang yang ada. Sebaliknya SPR menyebelahi kedudukan ADUN yang cuai, engkar dan menghina dewan.
No comments:
Post a Comment