Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Wednesday, September 2, 2009

SPR bukan setakat Pilihanraya bro!

teman quote kata-kata MB ustaz Azizan hari tu..
"kalau SPR kata tak payah buat PRK, makna kata adun semua tak payah
mai mesyuarat lagi la lepaih ni!"

Kota Siputeh: PAS tolak keputusan SPR
Sep 2, 09 2:44pm
PAS menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan menerima kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah dengan alasan ia bertentangan dengan perlembagaan negeri.

"SPR tiada kuasa untuk membuat tafsiran atau keputusan kerana kekosongan DUN Kota Siputeh yang boleh diputuskan oleh Speaker dan mesyuarat dewan sahaja," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.

"Maka, dengan sendirinya keputusan SPR itu terbatal dan tidak terpakai. Maka perkara ini perlu dibawa kepada mesyuarat DUN atau Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan."

Semalam SPR wakil BN itu Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal di kerusi DUN tersebut dengan alasan "tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama".

Abu Hassan juga menyediakan surat cuti sakit sebagai alasan ketidakhadirannya di sidang DUN.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia terlebih dahulu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Beliau juga berkata, SPR dalam proses membuat keputusan tersebut telah surat cuti sakit daripada doktor mesej SMS kepada ketua pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk memaklumkan masalah sakit dada yang dialami ADUN Kota Siputeh.

Sebelum ini Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan yang didakwa hilang keanggotaannya.

Surat itu memaklumkan bahawa ADUN Umno itu hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Seksyen 51 perlembagaan negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dalam kenyataannya hari ini, sebagai mengulas keputusan suruhanjaya tersebut, Idris berkata keputusan SPR tetap bertentangan dengan Perkara 51 yang tidak menyebutkan isu penggal.

"Perkara 51 hanya menyebut tentang mesyuarat tanpa mengasingkannya mengikut penggal dan kuasa memberikan kebenaran adalah di tangan Speaker, bukannya ketua pembangkang yang gagal melakukan tugasnya pada waktu kejadian," katanya.

Idris juga berkata keputusan SPR ini juga bercanggah dengan Perkara 52 undang-undang tubuh Kedah yang menyebut: "Jika berbangkit apa-apa soalan fasal adakah mana-mana Ahli Dewan Negeri itu tiada layak menjadi ahli maka hendaklah diambil keputusan Dewan dan itulah yang muktamad."

Tambahnya, PAS sekali lagi menyatakan pendirian menolak keputusan SPR dan meminta agar pihak SPR menghormati kuasa Speaker dan DUN Kedah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails