Heran betul MB sorang nie.. siap mengaku dah habiskan dekat RM1juta untuk pindah kuil tu tapi sangkut sebab masalah perbincangan?? apa ke banga*g nye buat dulu baru bincang???
Ni kalau Kerajaan negeri yang ada sekarang ni yang buat mau ada Exco yang kena lambung dari tingkat 14 Plaza Masalam lagi nih!!!
Teman yang keje kilang pun tau nak kena setelkan semua segi baik dari segi perbincangannya dan semu aspek sebelum keluor duit buat keje!!!
hmmm.. UMNO..UMNO..
makin reput nampaknya....
sunsnake
Hampir RM1 juta dibelanjakan untuk pindah kuil
SHAH ALAM 4 Sept. - Kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah membelanjakan hampir RM1 juta untuk memindahkan tapak kuil Sri Maha Mariaman dari Seksyen 19 ke Seksyen 18 seperti yang dibincangkan dengan pihak pengurusan kuil sebelum ini.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menjelaskan, perbelanjaan tersebut melibatkan kerja-kerja pembinaan infrastruktur meliputi jalan raya, lampu jalan serta kemudahan elektrik di atas tanah seluas 0.6 hektar di Pesiaran Raja Muda, Seksyen 18 yang merupakan lokasi asal untuk mengalihkan rumah ibadat itu dari Seksyen 19 yang didapati tidak sesuai.
Katanya, walaupun pembinaan infrastruktur telah pun siap pada tahun 2007 namun, pembinaan rumah ibadat di kawasan berkenaan tidak dapat dilaksanakan kerana ketika itu ia masih lagi di peringkat perbincangan.
Beliau berkata, bagaimanapun perbincangan itu terhenti selepas pilihan raya umum lalu sehinggalah kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang memerintah Selangor hari ini menukarkan tapak kuil tersebut ke Seksyen 23. - Utusan
No comments:
Post a Comment