| Samy Vellu bidas Dr M, selar Utusan | ||
|
Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya".Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.
"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"
Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.


No comments:
Post a Comment