Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Saturday, September 5, 2009

Alhamdulillah... Ini anak DS Hj. Nizar

Bukan nak berlagak.. tapi nak bagitau pada kawan-kawan UMNO kita.. sudah-sudahlah tu.. kita ni kena guna otak.. kalau kome sudi guna otak cuba kome tengok sikit yang ini anak Hj Nizar yang kome gelar pengkhianat melayu nih! Pada teman, teman rela khianat melayu daripada khianat Islam!!!
Meh sama-sama kita dengor sedikit tazkirah daripada anakanda DS Hj. Nizar MB Perak yang SAH!



Anak Dato Seri Haji Nizar sehebat ayahnya


Tiada siapa yang mengenalinya sebelum ini kerana beliau masih menuntut di sebuah universiti di Jordan. Pulang ke tanahair kerana bercuti semester selama sebulan. Bertepatan dengan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri yang menjelang, inilah pertama kali beliau merasai nikmat beraya dengan keluarga di tanahair setelah tiga tahun terpaksa beraya bersama-sama rakan sekuliah di negara orang, Jordan.

Orang yang saya maksudkan diatas adalah Mohd Syaheed Bin Haji Nizar. Ya. Anak kedua kepada Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin yang berkesempatan mengimami solat Isyak, Tarawih serta menyampaikan tazkirah di Surau Al-Ehsan, Rapat Setia, Ipoh malam tadi.

Dengan lontaran suara yang lantang dan bertenaga, serta susuk tubuh yang tegap, memang ada gaya sepertimana ayahnya, Haji Nizar.

Ketokohannya terserlah sebagai seorang hafiz al-Quran yang begitu lancar bacaannya semasa mengimami solat kami.

Apatah lagi tazkirah yang disampaikan olehnya menyerlahkan lagi bakat sebagai penceramah sehebat ayahnya yang memang terkenal dengan ucapan tanpa teks ataupun nota. Segalanya dikeluarkan daripada lubuk hati dan ketajaman fikiran. Penyampaian yang bernas lagi berisi.

Seorang lagi anak Haji Nizar, Mohd Syaakrian (berbaju kuning, anak ketiga) yang baru pulang ke tanahair setelah tamat pengajian di Syria juga berkebolehan dan berbakat.

Beruntunglah ibu bapa yang mempunyai anak-anak hafazan al-Quran, saham bekalan di akhirat nanti.

sumber - chendering

No comments:

Related Posts with Thumbnails