Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Tuesday, September 29, 2009

Peritnya jadi Exco di negeri Pakatan Rakyat!

Kalaulah teman diberi pilihan memilih untuk menjadi exco Kerajaan mana-mana negeri di Malaysia ini, sudah pasti teman tidak akan memilih negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat!
manakan tidak? lihatlah bagaimana perit dan jerihnya exco-exco yang bertugas sekarang ini negeri-negeri tersebut!!!

Satu demi satu isu-isu yang menuntut profesionalisme dan kesabaran yang amat tinggi timbul. Di Kedah dengan isu Pusat Babinya, isu haiwan yang sama di Selangor dan sedikit di Perak. Timbul pulak isu Camry di Selangor dan Perak, mujur Kedah 'tak berduit' sepertimana kata MB ustaz Azizan, kalau tidak mahu jugak Kedah turut terkena isu Camry ini.

Belum sempat isu Camry mencapai klimaks, isu air percuma pulak muncul di Selangor. Agak pelik apabila ada juga pihak yang tak puas hati mengapa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi air percuma!! Bimbang air dibazirkan kata mereka! pulak? Isu janji-janji Pilihanraya di Selangor jugak ditimbulkan secara jelas oleh bekas MB Khir Toyo dan juak-juaknya. Sehinggakan ada yang mengambil tindakan membuat laporan polis terhadap MB Selangor!

Di Perak, kerana isu kelulusan tanah kepada penduduk kampung-kampung baru dan kampung-kampung tersusun oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ahli PAS DS Nizar, beliau dituduh pengkhianat dan boneka cina oleh melayu-melayu UMNO sehinggakan habis dihasut adik-beradik beliau (Nizar) agar turut sama menempelak saudara kandung mereka.
Timbul pulak isu 2 exco kanan Perak yang ditangkap menerima rasuah iaitu YB Jamal dan YB Osman.. hinggalah ke kemuncak kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh Kerajaan Kudeta BN yang di'mastermind' oleh DS Najib dan kini disambung oleh MB 'haram' DS Zambry.
Belum campur peristiwa 'speaker kena heret' lagi! Exco-exco Pakatan Rakyat terpaksa 'bertumbuk' dengan 'barua-barua' upahan yang memasuki DUN secara haram!

Di Selangor pulak lain cerita, Exco-exco Pakatan Rakyat yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor terpaksa berhempas-pulas menghadapi serangan/gangguan 'senyap' Khir Toyo dan juak-juaknya. Mengapa 'senyap'? ini kerana jika di Perak, secara terang dan sangat nyata BN yang dikepalai oleh UMNO menggangu, tapi di UMNO Selangor lebih selesa menghantar 'tentera-tentera'nya membuat pelbagai jenis kekecohan dan kacau-bilau! Sudahlah nak menyelesaikan dan membaiki 'kemusnahan' yang sekian lama dibuat oleh UMNO-BN, Exco-exco PR terpaksa pulak melayan serangan-serangan UMNO-Bn tadi!

Bayangkan isu gambar peribadi ADUN pun disensasikan tanpa malu oleh media UMNO-BN dan pemimpin-pemimpin mereka! Sedangkan ada kes yang lebih keji daripada itu oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN tidak pula dihebohkan? kes di Port Dickson? mungkin ada yang masih ingat? sila tanya lebai google! (ayat Tukar Tiub). Tetapi betul jugak, jika Mat Sabu yang bukan exco pun pernah difitnah dengan teruk dan hina, inikan pula exco-exco Pakatan Rakyat!

Pulau Pinang juga tidak terlepas dari serangan dan gangguan. Daripada isu DEB, sehinggalah yang baru selesai iaitu Kampung Buah Pala. Tidak ketinggalan isu perkauman yang dibawa oleh kontraktor-kontraktor melayu UMNO yang semakin 'hangus' dan 'gersang' akibat ketiadaan projek selepas kejatuhan BN di negeri ini. Teman amat yakin jika Pulau Pinang masih diperintah oleh Koh Tsu Koon, PASTI Kampung Buah Pala telah lama dimusnahkan tanpa ada apa-apa pampasan buat penduduk kampung! Khir Toyo telah membuktikannya di Selangor suatu ketika dahulu! Idris Jusoh pun tak ketinggalan dalam kes yang lebih kurang sama!

Ole itu, amatlah payah pada teman jawatan exco di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat! Adakah negeri Sembilan tiada masalah? Melaka tiada masalah? Johor tidak ada masalah? Perlis tiada masalah? tidak! Bahkan negeri-negeri tersebut lagi banyak masalah!! Apatah lagi Terengganu, Sabah & Sarawak! Lalu, mengapa masalah mereka tidak kelihatan?

Ini adalah kerana tiada sesiapa yang sanggup menghinakan diri mencari dan mencipta isu-isu bodoh dan rapuh seperti UMNO-BN di negeri-negeri Pakatan Rakyat! Pakatan Rakyat di negeri-negeri berkenaan lebih profesional dengan menyerang menggunakan ilmu dan maklumat sahih. Bukan seperti UMNO Selangor yang menyerang dengan menggunakan kepala lembu! sungguh di luar logik akal manusia normal dan beriman!

Kini terbaharu di Selangor isu lembu-lembu (sekali lagi) diheret ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) Shah Alam! Apa ertinya? bukankah boleh diramal siapa di sebalik semua ini? Bukankah UMNO Selangor sangat berminat dengan haiwan istimewa ini?

Sebelum-sebelum ini pun banyak masalah berlaku di sepanjang pemerintahan Khir Toyo. Selepas beliau meng'anugerah'kan penyapu kepada YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, tidak ada pula kakitangan MDHS yang berarak bawak penyapu ke bangunan SUK? Semasa kerajaan UMNO-BN meng'hilang'kan sebegitu banyak pasir-pasir, tiada pulak ada manusia yang sudi melambakkan pasir di hadapan bangunan SUK? Diwaktu Kerajaan Khir Toyo membenarkan Syabas menaikkan tarif air Selangor, tiada pulak manusia berarak di hadapan bangunan SUK dengan membawa berbaldi-baldi atau berkolah-kolah air? mengapa kini? mengapa sekarang pulak yang sibuk manusia dengan bodoh sombong sanggup sikit-sikit berarak ke bangunan SUK? Siapa yang mengajar?

Kesimpulannya, memang sukar memegang jawatan Exco di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Teman lebih rela menjadi exco di Melaka, dan kalau boleh Johor sebab disana, buatlah apa sahaja hatta me'rembat' anak dara orang sekalipun! pasti anda akan diangkat sebagai wira seperti bekas MB Melaka! hulurkanlah rasuah sebanyak mana sekalipun, pasti anda akan dicalonkan sebagai calon pilihanraya (bekas MB Negeri Sembilan), juallah tanah kepada singapura sebanyak mana sekalipun, pasti anda akan kekal sebagai Menteri Besar selama berpenggal-penggal malah boleh jadi Menteri kabinet! (bekas MB Johor).

Kepada exco-exco Pakatan Rakyat, tabahlah, sabarlah, berhati-hatilah dan yang paling penting, amanahlah! kerana sedikit kesilapan pasti batang tubuh anda akan diserang habisan-habisan!

sunsnake 29.09.09

No comments:

Related Posts with Thumbnails