Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Tuesday, September 8, 2009

"Who's above the law"?

Salam,
Teman pernah tengok bagaimana rakusnya satu PBT kat Selangor nih meranapkan sebuah surau di bawah flat suatu ketika dahulu.. tiada pun isu 'menjaga kerukunan'?

Teman pernah tengok jentolak PBT meranapkan Surau Kg Berembang!! Habis ghuyup Surau tersebut bersama-sama dengan kelas Tadika Islam anak-anak.. Walaupun anak-anak itu berbaris mencipta rantaian manusia untuk menghalang!... tiada pun isu 'menjaga kerukunan'?

Tetapi mengapa apabila puak-puak racist dan buta agama ini menunjukkan lagak, isu 'menjaga kerukunan' ini timbul? dimana pemandu jentolak yang gagah di Kg Berembang dulu?
mana wak misai Pegawai Penguatkuasa yang memegang 'hammer' memecahkan dinding Surau dulu?

Panggil la hero-hero itu kalau yang ada la ni takut?
Takut dengan gerombolan yang hampir nak karam??
dah dekatttt sangat dah saat kekaramannya..
sunsnake

Tiada tindakan pada tapak Pewaris

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap tapak gelanggang Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) di sebelah kuil Seksyen 19 walaupun ia didirikan tanpa kebenaran.

Seorang ahli majlis Mohd Harris Abu Bakar berkata, walaupun MBSA mengetahui tapak berkenaan dibina secara haram, pihaknya tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya demi "menjaga kerukunan" di kejiranan berkenaan.

Katanya, perkembangan yang berlaku di seksyen berkenaan sejak awal tahun ini – selepas gabungan NGO Melayu itu membuka tapaknya – menunjukkan kecenderungan berlakunya pergeseran di kalangan penduduk di situ dan menyebabkan MBSA perlu mengambil pendekatan sedemikian.

Jelasnya, pihak majis terpaksa beralah dan menganggap tapak yang dibina oleh Pewaris itu sebagai tapak sementara sebelum satu tapak yang lebih sesuai dikenalpasti.

Mohd Harris diminta mengulas tuduh-menuduh isu kesesakan lalulintas di Seksyen 19 susulan kewujudan sebuah kuil dan tapak gelanggang Pewaris seperti dilaporkan Malaysiakini semalam.

sumber - malaysiakini

Ini sedikit gambar-gambar peristiwa jahanamnya Kg Berembang.. tak dapat pun gantian Rumah Teres 2 tingkat macam penduduk Kg Buah Pala.. bertuahnya penduduk Kg Buah Pala bila dapat rumah ganti.. hasil usaha Kerajaan DAP/PR yang UMNO kata kafir lahanat!!!

Kesiannya penduduk Kg Berembang.. rumah kena jahanam. surau kena musnah! tadika tempat anak belajar pun kena hancur!! usahkan rumah teres, Khemah Pengakap pun kerajaan UMNO tak bagi!!!!

lihatlah tangisan anak kecil itu!!


No comments:

Related Posts with Thumbnails