Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Wednesday, September 16, 2009

Majlis Sumbangan PASZBB 2009 / 1430H

Assalammualaikum,
Alhamdulillah.. dengan sedikit sumbangan daripada pelbagai pihak, PASZBB telah berjaya merancang dan mengelolakan sedikit sumbangan kepada golongan yang layak yang berjumlah 50 orang. Setiap seorang menerima sedikit barang keperluan dapur dan wang tunai.

Majlis yang berlangsung baru-baru atau lebih tepatnya pada hari Ahad 13 September 2009 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1430H ini telah diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Zon Bukit Beruntung (Markaz Baru) dan bermula pada jam 8.30 pagi.

Aktiviti hari itu diakhiri dengan sesi memilih pakaian terpakai hasil infa' orang ramai. Walaupun 'terpakai', namun sebahagian besar pakaian tersebut amat baik kualitinya! Selain pakaian, terdapat juga kasut,beg wanita dan pinggan mangkuk. Beberapa naskhah Al-Quran juga telah diinfa' kepada mereka.

InsyaAllah, kegiatan seperti ini akan diteruskan dimasa-masa akan datang selagi nyawa masih berperanan. Semoga Allah SWT mengizinkan dan menerima segala amalan kita di sepanjang Ramadhan yang penuh barakah ini! Allahuakbar!


No comments:

Related Posts with Thumbnails