Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Saturday, September 12, 2009

Apabila perasuah menjadi calon....

"Ada jugak mereka yang baru keluar penjara boleh menjadi calon dan menang pilihanraya!"

itulah kata-kata Isa Samad apabila ditanya wartawan berkenaan 'status' dirinya yang pernah sabit bersalah dengan rasuah duit beberapa tahun dahulu.

Teman yakin benor kenyataannya itu merujuk kepada DS Anwar Ibrahim. Heheheh.. mengapa la cetek benor bakal calon BN di Bagan Pinang ni.. Terlalu jauh bezanya kes dia dan DS Anwar. Kejatuhan Anwar dibela oleh jutaan rakyat Malaysia dan dunia didalam gelombang Reformasi kebangkitan rakyat! Teman sendiri pernah 'terpukul' dek Polis semasa didalam demonstrasi "Black 14" dahulu! Dan yang paling penting, DS Anwar dibebaskan dari penjara dek kerana dia didapati tidak bersalah! Sedangkan Isa Samad ini tidak dipenjara kerana tidak dihukum oleh Mahkamah sebaliknya hanya Lembaga Disiplin UMNO??!! Kalau dihukum dek Mahkamah silap-silap sekarang ni pun dia belum keluar penjara lagi!!!

Pada teman, InsyaAllah PAS dan PR akan berpeluang memenangi PRK Bagan Pinang nanti dek kerana calon BN ini. Yakinlah! hanya pengundi-pengundi UMNO totok sahaja yang diyakini akan tetap mengundi UMNO-BN. Gerakan kempen MESTI benar-benar menyeluruh dan tersusun dalam menceritakan siapakah sebenarnya calon BN ini dan siapakah sebenarnya pula calon kita nanti.

Permasalahan undi POS juga amat amat amat penting untuk difikirkan oleh semua. Inilah sebenarnya senjata terakhir BN di Bagan Pinang! dan terbukti senjata mereka inilah yang paling ampuh setakat ini!

sunsnake 12.9.09

No comments:

Related Posts with Thumbnails