Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Saturday, September 12, 2009

Nak buat macam mana?? Naga nak melantak!!!

Makin pecah tembelang segala rahsia dan isi perut Khir Toyo dan juak-juak Adunnya di Selangor ni! Semakin banyak penyelewengan dan kesesatan mereka ditimbulkan oleh pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Selangor di sepanjang tempoh pemerintahan mereka dahulu.

Sama-sama kita saksikan kesudahan nasib Jawa paling kaya di Selangor ini!

Boleh lulus belanja Adun satu minit jadi persoalan
Hazayani Zakaria
Fri | Sep 11, 09 | 5:19:27 pm MYT
SHAH ALAM, 11 Sept: Kenyataan bekas Ketua Penolong Pegawai Daerah Gombak, Tahir Bujang bahawa pihaknya boleh meluluskan satu-satu permohonan penggunaan peruntukan Adun hanya dalam masa satu minit menimbulkan kesangsian di kalangan ahli Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim dalam sesi pendengaran awam Selcat hari ini, meminta Tahir menerangkan satu persatu prosedur yang perlu dilakukan sebelum meluluskan sebarang peruntukan keapada Adun.

Beliau berkata, mengikut prosedur biasa, setiap permohonan peruntukan yang dibuat mengambil masa selama empat belas hari sebelum diluluskan.

"Proses dari tarikh kita serah (permohonan) kepada pejabat daerah, sampai ke meja ketua penolong pegawai daerah, selepas itu sampai ke bahagaian kewangan, mengambil masa 14 hari. Paling cepat pun dalam masa tiga hari.


berita penuh disini

No comments:

Related Posts with Thumbnails