Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Tuesday, September 29, 2009

Sedarlah sikit... duhai Pakatan Rakyat!

PRK Manik Urai, UMNO-BN menerusi media tali barutnya memukul canang sehingga gegak gempita seluruh alam, menyatakan PAS sedia berunding berkenaan Kerajaan Perpaduan. Situasi pada ketika itu begitu tegang hinggakan dikalangan ahli-ahli PAS berasa cukup gelisah kerana mereka berselisih pendapat.

Kegelisahan itu turut dirasai oleh Kelab Penyokong PAS yang amat khuatir sokongan bukan Islam kepada PAS akan lenyap sama sekali jika PAS bersetuju bekerjasama dengan UMNO. Malah ahli-ahli PKR dan DAP juga berasa amat tidak selesa ketika itu. PAS dilihat seolah-olah hendak di “hijack” oleh pihak-pihak tertentu, atau bahasa lain hendak “dirampas ikut pintu belakang”.

Walaupun di saat-saat akhir sebelum hari mengundi di Manik Urai, PAS bersama-sama DAP dan PKR mengeluarkan kenyataan bersama mereka menolak kerajaan perpaduan, PAS nyaris menanggung padah apabila hampir tewas dalam PRK Manik Urai.

Kemenangan tipis PAS di Manik Urai seharusnya menjadi pengajaran kepada kita. Isu kerajaan perpaduan dibesar-besarkan oleh UMNO-Barisan Nasional kerana ini peluang keemasan mereka melemahkan jentera Pakatan Rakyat. Perancangan strategik mereka hampir berjaya bila beberapa UPU PAS di Manik Urai hampir lumpuh tidak berfungsi. Moral penyokong-penyokong PAS begitu rendah dengan asakan bertubi-tubi media tali-barut UMNO yang menyebarkan dakyah Pakatan Rakyat berpecah gara-gara isu Kerajaan Perpaduan. Padahal isu kerajaan perpaduan tu sebenarnya tak wujud langsung.

Ketika PRK Permatang Pasir, UMNO-BN tiada isu besar untuk dimanipulasikan. Dan hasilnya calon PAS menang selesa. Selain faktor DSAI dan faktor kepincangan calon BN (hinggakan Tun Dr M pun menempelak Rohaizat), kemenangan Ustaz Salleh Man banyak didorong UMNO ketandusan isu untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Kini, PRK Bagan Pinang bakal menyususl. UMNO semakin tertekan. Dalam apa jua keadaan sekalipun, kerusi UMNO dalam Parlimen Telok Kemang ini mesti dipertahankan. Jika tidak, UMNO akan menanggung malu besar, bukan sahaja kepada rakan parti komponen mereka, malah NajiB Razak akan lebih malu kerana bininya berasal dari Negeri Sembilan (kalau ikut cerita Perempuan Puaka dalam YouTube la).

Dalam keadaan semakin terdesak, UMNO ligat mencari isu. Setelah isu DSAI sebagai pengkhianat gagal di Permatang Pasir, UMNO tidak mahu gagal lagi kali ini. Tup-tup tercetus isu Dato’ Hassan Ali bersuara secara terbuka meminta supaya cara pengendalian SELCAT dikaji semula. Nada Dato’ Hassan Ali ini yang dilihat seolah-olah mempertahankan pembangkang di Selangor (UMNO-BN) menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan penyokong pakatan rakyat, termasuk sesama ahli PAS sendiri. Ramai ahli-ahli PAS (konon-kononnya) menyokong tindakan beliau. Tatapi ramai juga yang membantah. Rancangan UMNO-BN melaga-lagakan pakatan rakyat sudah “menang” pusingan pertama. Sama seperti yang berlaku di Manik Urai.

Kita tidak tahu apa kesudahannya PRK di Bagan Pinang. Peluang UMNO-BN menang di N.31 lebih cerah memandangkan jumlah undi pos yang besar. Tetapi Pakatan Rakyat akan mendapat malu besar jika majoriti kemenangan BN bertambah lebih besar.

Jika inilah yang berlaku, ternyata UMNO-BN berjaya memecah-belahkan pakatan rakyat, hanya dengan satu isu kecil. Dan implikasi selepas PRK Bagan Pinang mungkin lebih memeritkan. Rakyat mungkin sudah bosan dengan “pergeseran” Pakatan Rakyat yang dicipta UMNO-Barisan Nasional.

Bila rakyat dah bosan, jangan terkejut UMNO-Barisan Nasinal akan menang besar dalam PRU-13 dan Najib Razak menjadi PM diktator, Rosmah pula serta-merta menjadi klon Imelda Marcos.

sumber - Perisik Rakyat

1 comment:

Anonymous said...

satu artikel yang cuba menolak kelemahan diri. ana fikir lebih baik kita muhasabah diri dari salahkan orang. adakah pakatan ini di berkati allah. fikir secara jujur bukan kepartiaan. yakin pada allah bukan manusia.

Related Posts with Thumbnails