Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, September 14, 2009

Kisah Ketua kampung kawan teman...


Suatu ketika dahulu.. Haji Din (bukan nama sebenar) ni seorang Pengerusi JKKK di sebuah kampung nie.. didalam Negeri Perak Darul Ridzuan.

Dia amat disenangi walaupun dia seorang yang 'totok' UMNOnya! Lagipun waktu itu BN menguasai Kerajaan Negeri Perak. Apa ada hal?

Secara tiba-tiba selepas PRU ke 12 Kerajaan Perak kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat yang berMenteri Besarkan orang PAS. Hj Din ni goyang gak dan mengumumkan bahawa dia bersedia meletakkan jawatannya sebagai Ketua Kampung.

Alangkah terkejut beruknya beliau apabila mendapati tiada arahan perletakkan jawatan atau 'pembubaran dun' bagi semua ketua kampung di Perak! Ini ajaib!!! Namun Hj Din meneruskan tugas-tugasnya sebagai Ketua Kampung.

Apabila keluar arahan daripada Kerajaan Negeri Perak(PR) bahawa pemilihan Ketua Kampung akan dilaksanakan dalam bentuk pengundian, maka Hj Din pun turut la bertanding.

Akhirnya, Hj. Din terpilih sekali lagi sebagai Ketua Kampung didalam pemerintahan Pakatan Rakyat walaupun dia seorang UMNO kering! memang kadangkala "kaki keatas kepala kebawah" jugaklah beliau dek kerana tak sangka akan terpilih menjadi Ketua Kampung walaupun dia karat biru!

Dan sekali lagi Hj Din terkejut beruk apabila dijemput ke majlis penyerahan watikah perlantikan sebagai Ketua Kampung di sebuah hotel yang disampaikan sendiri oleh MB Perak yang berpartikan PAS! ini semacam mustahil bagi UMNO!!! bisik Hj Din dalam hatinya..

Setelah beberapa purnama menjalankan tugas sebagai Ketua Kampung, kali ini dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, secara tiba-tiba berlaku perubahan didalam pemerintahan negeri Perak apabila di'hijacked' oleh BN secara paling musykil dan hina!

Sekali lagi status Ketua-ketua kampung di seluruh negeri menjadi tanda tanya???
Argghh!! alangkah terkejut beruknya Hj Din apabila menerima surat pelucutan jawtaan sebagai Ketua Kampung kerana kerajaan negeri kini diperintah oleh bukan Pakatan Rakyat!!!

Hmmm.. takpelah.. nanti ada pilihanraya memilih Ketua Kampung, boleh aku bertanding lagi... InsyaAllah, penduduk kampung akan memilih aku jugak kali ini.. Dia sememangnya optimis dengan kemenangan kerana sememangnya dia amat-amat berminat dan istiqamah dalam menguruskan hal-hal segala aspek penduduk kampung ini...

Alangkah terkejutnya Hj Din apabila mendapat tahu Kerajaan baru negeri iaiatu BN telah melantik orang lain sebagai Ketua Kampung!!! Seorang ahli UMNO yang lebih muda dari dirinya!! dan tanpa persetujuan orang kampung melalui pilihanraya lak tuh!!

Mana demokrasi?? jerit Hj Din dalam hati!! Pengikut-pengikutnya sejak Subuh lagi dah berlonggok dihadapan rumah menantikan arahan selanjutnya dari Hj Din..

Sedangkan Hj Din masih melengung di pintu dapur rumahnya mengenangkan dan memikirkan..
kehilangan keadilan di kampung dan negeri tumpah darahnya ini....

"kalaulah Perak ni masih diuruskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat..
Kalaulah masih Nizar Menteri Besar...."

No comments:

Related Posts with Thumbnails