Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Tuesday, July 7, 2009

Sedikit ulasan isu babi di Kedah!



Salam,

Isu babi di Kedah ni pada teman yang tak berapa nak cukup maklumat ni.. Bagus jugak!

Seringkali UMNO mengatakan PAS ni ‘boneka DAP’ laa.. ‘Tali barut DAP’ laa.

Macam-macam lagi lah!


Sekarang terbukti bahawa PAS bukan tunduk pada sesiapa pun malahan UMNO yang selama ini tunduk kepada MCA dan Gerakan!

Punya la lama memerintah Kerajaan Kedah, tempat sembelih babi haram macam tu pun tak boleh nak buat keputusan!!

Nampak sangat takut@segan@takut hilang undi.. hakikatnya Undang-undang tetap undang-undang!

Tempat tu memang takde kelulusan kerajaan negeri! Dan diisytiharkan haram! Boleh rujuk kronologi isu tersebut di sini.


Bukan bermaksud nak melagakan PAS dan DAP Kedah, tetapi DAP Kedah juga harus menerima keputusan Kerajaan Negeri atau lebih tepat Majlis Perbandaran Kota Setar(MPKS) yang dibuat atas dasar undang-undang.


Betul, sebelum ini pun PAS memperjuangkan hak rakyat didalam banyak hal seperti rumah-rumah setinggan yang dirobohkan, malahan ada surau yang dirobohkan oleh Khir Toyo pun! Tetapi isu babi ini adalah berlainan sama sekali. InsyaAllah, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah akan berjaya menyelesaikan isu ini dengan sebaik-baiknya!

Kerjasama PAS dan DAP mahupun PKR bukanlah bermaksud setiap apa yang dibuat oleh parti-parti berkenaan WAJIB diterima oleh sesama ahli parti. Ada juga perkara-perkara yang perlu diperbincangkan dengan lebih lanjut. Tindakan MB Kedah memberi tempoh masa sebelum merobohkan tempat babi tersebut amat wajar memandangkan ianya adalah lokasi haram!


Bukanlah bermaksud ini adalah kemenangan buat orang melayu! Ini bukan isu perkauman! Mengapa tidak? Jika kita lihat di tempat-tempat lain malahan Melaka sendiri kandang babinya didalam kampung melayu! Adakah ianya menjadi masalah? Memang menjadi masalah sebab Kerajaan Negeri Melaka gagal menyantuni sensitiviti Umat Islam disana!


Bagi orang-orang cina, teman harapkan agar mereka bersabar dan melihat isu ini dengan perspektif yang pelbagai. Sensitiviti umat Islam juga perlu diperhalusi selain undang-undang yang menjadi panduan. Lagipun, bukan hanya babi sahaja yang boleh menjadi makanan, banyak benda lain lagi kan?

Kita amat menghormati cara hidup masyarakat cina negara ini dan selama ini pun tidak pernah mempertikaikan sekiranya mengikut lunas undang-undang.


Buat Melayu UMNO, apa ada dengan perjuangan Melayu kamu? Dalam usaha PAS berdakwah kepada rakyat Malaysia, dan dalam masa yang sama hak setiap bilangan bangsa juga kita pastikan akan keadilannya. Sejak dulu hak-hak orang melayu semakin pudar dek perjuangan bangsa UMNO ini..

Ingatlah,


“Perjuangan bangsa akan memusnahkan bangsa itu sendiri! Perjuangan Islam akan menaikkan martabat setiap manusia tanpa mengira bangsa!”


“Perjuangan Melayu akan menzalimi kaum Cina dan India kerana mereka MUSTAHIL akan dapat menjadi Melayu, Sedangkan perjuangan Islam akan memberi keadilan kepada Cina dan India kerana mereka berpeluang menjadi Islam!”


Wallahualam

sunsnake

No comments:

Related Posts with Thumbnails