Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, July 13, 2009

Dah 2 Ketua Kerajaan Negeri jadi Mangsa kebodohan Pengerusi SPR Malaysia!

Nampaknya Pengerusi SPR ni kena banyak belajar daripada Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng berkenaan Demokrasi!


Kebodohan melampau sehingga sanggup menjadikan hari bekerja sebagai hari pengundian amat ketara menampakkan betapa kurangnya ke’arif’an Pengerusi SPR ni pasal demokrasi.

Dulu di Penang dibantainya Pilihanraya Kecil Permatang Pauh hari Selasa sehingga terpaksa Ketua Menteri Pulau Pinang isytihar Cuti Umum untuk memudahkan rakyat Permatang Pauh menunaikan kewajipan mereka, ni di Manek Urai dibantainya hari Selasa jugak!!! Sekali lagi Menteri Besar Kelantan pulak isytihar cuti umum untuk memudahkan rakyat Kelantan menunaikan kewajipan mereka kepada negara.


Jadi, dimana kewajipan pengerusi SPR kepada pelanggannya iaitu pengundi? Inilah yang dikatakan pandai tak boleh nak ikut, bodoh tak boleh nak ajar!


Silap-silap nanti, kalau ditakdirkan ada Pilihanraya Dun Negeri Perak nanti, mahu gak Pengerusi SPR yang ‘sengal’ ni umum hari Mengundi pada 1 Syawal!! Hah!! Haru dibuatnye yeob!!!


sunsnake


sumber- Malaysiakini

Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja, lapor Bernama.


"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'cuti peristiwa'.


"Dalam semangat prodemokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," Nik Aziz dipetik berkata.


No comments:

Related Posts with Thumbnails