Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, July 7, 2009

Isu Tanah di Penang, beza? Memang berbeza!!!

Berita Harian
1 Januari 2009 (Khamis)
Perak ingkar arahan Majlis Tanah Negara
Oleh Nurhayati Abllah

IPOH: Kerajaan Perak mengingkari keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) dengan meneruskan pemberian hak milik tanah pegangan kekal kepada 11 penduduk Kampung Baru Kuala Sungai Rui di Gerik, kelmarin. Pemberian geran itu adalah permohonan awal yang diluluskan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) membabitkan keluasan setiap lot tanah kira-kira 90 meter persegi.

Minggu lalu, MTN membuat keputusan akan mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi bagi membincangkan kertas kerja cadangan kerajaan Perak itu kerana Dasar Tanah Negara menetapkan pegangan tanah secara kekal hanya boleh diberi bagi maksud kegunaan Kerajaan Persekutuan, awam dan keadaan istimewa yang terhad.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan cadangan kerajaan Perak itu tidak boleh dilaksanakan sehingga MTN membuat keputusan. Muhammad Nizar bagaimanapun berkata, pemberian itu akan diberi secara berterusan kerana mendakwa ia tidak bercanggah dengan undang-undang serta mengikut prosedur yang ditetapkan. Ditanya berhubung penghantaran laporan penuh berhubung perkara itu kepada MTN, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri belum melaksanakan arahan itu.

Utusan Malaysia
6 Julai 2009 (Selasa)
Selesaikan sendiri – PM
Oleh WAN NAJIB WAN DAUD

KUALA LUMPUR 6 Julai – Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu menyelesaikan sendiri masalah pengambilalihan tanah di Kampung Buah Pala tanpa perlu campur tangan orang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hal ehwal tanah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat tidak boleh mencampuri urusan itu.
“Mereka perlu menyelesaikan masalah itu sendiri tanpa campur tangan orang lain dan sekarang isu tersebut dilihat sukar untuk diselesaikan,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Menara Kumpulan Naza setinggi 50 tingkat di sini hari ini.

Sunsnake

Beza? Memang berbeza! Satu segi sibuk nak masuk campur isu Tanah Perak sebab ada kepentingan politik! Yang kes Penang ni sibuk tak nak masuk campur sebab pun ada kepentingan politik!

Marilah kita menilai keikhlasan PM ‘kesayangan’ 1Malaysia ini..

Memang la Guan Eng tu KM Pulau Pinang.. kaji la kes tu bermula bila?
Suruh Koh Tsu Koon tu bincang balik.. jumpa Guan Eng dan cerita balik apa kesnya yang bodoh sangat Kerajaan Gerakan Pulau Pinang dulu boleh jadi macam tu! Ke ada yang dah ‘kenyang’ melantak duit rasuah?

No comments:

Related Posts with Thumbnails