Mat sembab ni ingat pengundi Manek Urai ni delegasi perasuah UMNO yang selalu bergerombolan setiap tahun ke PWTC tu ke? Inilah akibatnya apabila rasuah dah jadi darah daging! dah jadi lemak dalam otak! dah jadi benih dalam tubuh!
Dah sampai ke tahap tak dapat nak beza tanggungjawab sebagai Pemerintah dengan tanggungjawab ahli politik! Buat je la jambatan tuh!! apsal nak tunggu menang pulak??
Tok Guru Nik Aziz tak pernah lak keluar kenyataan
"kalau nak ambo bagi kuliah agamo setiap pagi jumaat di Kota Bharu, pangkoh lo PAS!!"
Betul punya terdesak nak menang sampai hilang kewarasan pikiran!!
kalau dah hilang kewarasan.. kita sama-sama pikir la setaraf dengan apa...
Hari tu dah hina penjual ikan... kali ni nak rasuah pengundi!!
Semakin hina sebenarnya dimata rakyat puak-puak gerombolan UMNO ini..
"Ya Allah, bukakanlah pintu hati rakyat Malaysia dalam menilai hakikat sebenar pemimpin-pemimpin UMNO ini!"
sunsnake
TPM: Undi BN dapat jambatan baru
Jimadie Shah Othman
Jul 12, 09
9:34pm
Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.
Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.
Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.
"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.
"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.
Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
1 comment:
sama saja ! itu la politik . janji ... tapi tak salah jika ditunaikan .yg jadi masalah tak tepati janji ,dah la gitu salahkan org lain pula .Tenguk Kg Buah Pala . Siapa yg janji dan tidak kotakan kemudian salahkan org lain . Org2 macam ini amatlah bahaya.
Post a Comment