
Gambar hiasan; Pasar Siti Khadijah
PAS Kawasan Tapah melalui Lajnah Ekonomi dan Keusahawanannya telah berjaya mewujudkan pasar sehari yang dikenali Pasar Al-Qamar di Batu 3 Temuh sebagai menarik minat orang ramai kepada PAS. Selain dapat merapatkan silaturahim antara penduduk, secara tidak langsung orang ramai tertarik dengan pendekatan PAS. Selama ini mereka beranggapan bahawa program PAS ialah ceramah atau usrah semata-mata. Mungkin sebahagian penduduk setempat merasakan aktiviti itu hanya untuk ahli PAS tegar sahaja.
Dengan inisiatif Pasar Al-Qamar ini, persepsi penduduk terhadap PAS akan berubah. Aktiviti itu bukan sahaja dapat menjana ekonomi, namun ianya boleh memberi pandangan sihat orang lain bahawa PAS bukan hanya berpolitik semata-mata.
Yang Dipertua PAS kawasan, Abdul Rahim Mohd Noordin menyarankan agar kaunter-kaunter jualan diperbanyakkan bagi membolehkan ahli memasarkan barangan mereka.
Beliau juga menyarankan agar tapak berniaga juga diberi kepada ahli Kelab Penyokong PAS dari India dan Cina bagi menarik lebih ramai pengunjung ke pasar berkenaan.
Sebagai satu jalan untuk berdakwah, pelbagai aktiviti boleh diadakan di pasar berkenaan agar orang ramai lebih banyak mendapat pendedahan berkenaan dengan PAS. Secara tidak langsung ianya boleh memberi impak yang besar kepada PAS dalam jangka masa panjang.
Selain itu, kita boleh terapkan bagaimana sistem muamalah (berniaga) dalam Islam supaya orang boleh nampak PAS sedang boleh menggantikan Umno di masa akan datang, Insya Allah.
Pasar Al-Qamar di Batu 3 Temuh itu beroperasi setiap hari Ahad.
sumber - WarkahDaily Online
No comments:
Post a Comment