Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno hari ini menyatakan Kerajaan Pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.
Awat muka hampa tak malu sangat. Jambatan tu rakyat Manek Urai tak berhak dapat ka kalau depa pakat2 undi PAS 14hb Julai nanti. Aku silap paham atau kerajaan tak paham atau TPM buat buat tak mau paham. Duit mak bapak hampa ka?
Tak beretika sungguh cara hampa berkempen. Gempaq camni zaman Jepun dulu boleh la. Ni dah abad ke 21 pun kempen cara kuno lagi.
Muhyiddin bersabda lagi, "Kita boleh bagi (
jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.
"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.
Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.
Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.
Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.
Aku berdoa sangat sangat warga Manek Urai terbuka mata dan hati. Tengok lah, adakah pemimpin yang macam ni yang kita nak pilih. Kita kena ampu depa dulu baru dapat habuan kita. Apa punya malaun, sistem feudal macam ni dah tak jalan dah zaman ni. Undi depa bagi menang baru dapat jambatan baru. Dengaq ada pilihanraya baru dengar ada "anak emas" kerajaan pusat lah. Sebelum ni hampa pi mana oi.
Dulu orang dok kata sangat kat Tun Ghaffar Baba, tiap kali PRK dia turun ada saja projek segera berjuta juta akan sampai sama. Ni dia klon dia, TS Muhyiddin pulak. Apa fesyen punya kempen ni. Masih ada lagi spesis yang rasa depa tu Tuan pada semua.
Aku tau hampa nanti kata ni bukan rasuah pilihanraya, tapi ini tawaran. Tapi bagi aku sama saja, tawaran ka, projek mee segera ka, itulah sebenarnya rasuah pilihanraya. Awai awai lagi dah nampak, pilihanraya DUN Manek Urai ni di jalankan secara kotor. Berat sebelah dan penuh tipu daya.
sumber -
Shalehudin
No comments:
Post a Comment