Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, July 13, 2009

Selangor-Cadang Wujud Bazar Di Bangunan-Bangunan Pesat


Perniagaan ala bazar yang menempatkan peniaga-peniaga kecil, sedang dirancang untuk diwujudkan di bangunan yang dikenalpasti padat penghuni di negeri Selangor.


Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata, rancangan itu akan dikemukakan kepada Dewan Negeri yang bersidang minggu ini.
Menurutnya, langkah itu dapat membantu peniaga kecil, berniaga dengan lebih selesa, berbanding di kaki-kaki lima ketika ini.
“Untuk peniaga-peniaga kecil dan untuk mereka membeli barang-barang muraj saya lihat di Selangor, di bangunan-bangunan padat, tidak disediakan bazaar-bazar akibatnya peniaga kecil akan berniaga di tepi jalan bahkan ditepi rumah orang,” katanya.


Bercakap kepada Tvselangor di Shah Alam hari ini, beliau berkata ia juga dapat mengurangkan tumpuan peniaga-peniaga kecil di pasar-pasar malam dan di hadapan rumah, selain berniaga di kaki lima kedai.


Menurut beliau, di negara maju, banyak bazar untuk peniaga yang menjual barang-barang dengan harga yang murah di celah-celah bangunan-bangunan pesat, bukan sahaja memberi peluang kepada peniaga, malah dapat menarik pelancong untuk membeli produk tempatan.
“Saya akan usulkan dalam dewan ini supaya disediakan tapak-tapak khas untuk membuat bazar-bazar dikawasan pembangunan padat diseluruh negeri Selangor,” jelasnya.


Yaakob berkata, ketika ini belum ada bazar seperti itu yang diwujudkan di Malaysia, menyebabkan peniaga semakin tersepit untuk bersaing dengan gedung-gedung perniagaan yang besar. sumber - TVSelangor


sunsnake

Lokasi juga main peranan ye YB! Kadang-kadang niat untuk sediakan prasarana tu memang terbaik! cuma lokasi yang kurang mahupun tak strategik langsung akan merugikan peniaga kecil-kecilan tadi..

Kadar sewa juga kena pertimbangkan betul-betul!

Apa-apa pun.. Terima Kasih kerana sedia membuat perancangan untuk kemudahan rakyat terbanyak!

No comments:

Related Posts with Thumbnails