Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Monday, July 6, 2009

Media UMNO 2+1=10

sumber - Wfauzdin

06 Jul 2009 9:44AM

Pekan kecil Manek Urai pagi ini bertukar wajah apabila ribuan penyokong PAS dan Umno mengiringi calon masing-masing ke pusat penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN kawasan tersebut pagi ini.

Walaupun proses penamaan calon itu hanya bermula jam 9 pagi, tetapi penyokong kedua belah pihak sudah mula berkumpul seawal jam 7 pagi sebelum berarak ke pusat penamaan calon SMK Sultan Yahya Petra.

Penyokong Umno berhimpun di ibupejabat parti itu di Kuala Krai sambil memukul gendang dan gong tradisional Kelantan mengikut rentak dikir barat, sementara menunggu ketibaan pemimpin mereka.

Pertama tiba di situ ialah pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor turut hadir untuk memantau persiapan untuk proses penamaan calon.

Pada jam 8.30 pagi, kira-kira 2,000 penyokong Umno sudah bersedia untuk mula berarak ke pusat penamaan calon.

Hadir mengiringi calon Umno - Tuan Aziz Tuan Mat, 39 - ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Mohd Shafie Apdal, serta Ketua Pemuda dan Wanita Umno - Khairy Jamaluddin dan Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka diiringi kira-kira 5,000 penyokong parti itu dengan berkumpul di luar pusat penamaan calon yang dibuka jam 9.00 pagi ini./KLpost

Ulasan- Berita BERNAMA melaporkan penyokong Bn 10 ribu, Pas pun 10 ribu. Macam berpakat pulak nak datang kan? Boleh bahagi dua pulak. Kuat juga Umno ni. Aduiii...sampai bila la media kerajaan ni nak berubah kan....Ni pasal ajar Mathematik dalam B.Inggeris la ni yang buat orang nak mengira pun tak tahu. Nasib....nasib....

No comments:

Related Posts with Thumbnails