Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Saturday, July 4, 2009

Penting! Kronologi Isu Babi di Kedah!


sunsnake
Dah lama rupanya isu ini... dan UMNO sanggup memejam mata membuat untung dengan kesalahan undang-undang yang dibuat oleh pihak yang terlibat dengan perniagaan babi ini. Jelas ini bukan isu politik jauh sekali isu Pakatan Rakyat! tetapi isu kedaulatan undang-undang.. Sedangkan Masjid boleh diroboh oleh UMNO-BN!! Mengapa apabila kandang babi sibuk pulak UMNO pertahankan? errr.. siapa yang makan 'benda' ni sebenarnya ni??


"BANGSAL tua tu usianya dan hampir 40 tahun, dulu berselang sepintu dengan tempat sembelih kerbau lembu. Bila lesen tak dikeluarkan untuk aktiviti sembelih di kawasan itu, kerbau lembu pun berpindah, babi tak mau pindah. Politik orang cina memang begitu, mereka akan pertahan apa yang dirasa betul untuk kepentingan mereka tanpa kira parti apa mereka wakili. Melayu tidak begitu.

DAP sanggup keluar dari kerajaan gara-gara bangsal usang itu, yang pada mereka adalah perjuangan untuk semua pemakan dan pengusaha babi. Melayu UMNO sanggup bunuh sekolah agama yang melahirkan ilmuan dan agamawan, setidak-tidaknya melahirkan lebai yang jauh dari kejahilan."
Demikian tulis

Begini kronologi rumah sembelih Khinzir Mergong, Kedah.

21.7.93
Cadangan supaya kerja-kerja pembersihan dalaman rumah sembelih khinzir Mergong diambil alih oleh AWS.
26.7.93- Tawaran AWS khidmat mencuci, membersih, mengorek longkang dengan seorang pekerja RM450.00 sebulan.
16.12.93 - Majlis bersetuju dengan Tahap Piawaian Efluen bagi sektor ladang dan pemprosesan ternakan.
11.4.94- Rungutan pemindahan tempat ternakan/ penyembelihan khinzir oleh Harta Usahawan Sdn. Bhd.
30.4.94 - Majlis akan membina dinding untuk memisahkan kawasan awam dengan rumah penyembelihan.

19.6.94 - Permohonan laporan mengenai tempat ternakan dan penyembelihan khinzir di Majlis.
11.7.94 - Majlis memberi maklumbalas atas per. (06) bahawa tiada tempat ternakan khinzir dan tempat penyembelihan khinzir terdapat di Mergong.
11.10.94 - Aduan dari Othman Lebai Saad, JKKK Kg Telok Yan dan pohon ubah tempat sembelih.
5.1.95 - Majlis pohon maklumat mengenai rumah bantai khinzir yang sedia beroperasi dari lain-lain PBT untuk cadangan penempatan semula Rumah Bantai Khinzir.

13.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Taiping bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak ada apa-apa peranan dalam pengurusan rumah bantai khinzir.
19.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Bandaraya Ipoh bahawa rumah pembantaian di bawah Jabatan Haiwan.
26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah bahawa rumah sembelih dikendalikan oleh Jabatan Haiwan.
26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Klang bahawa tidak terdapat rumah bantai khinzir.
26.1.95 - Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kedah membangkitkan rumah sembelih khinzir tidak dibina baru. Disyorkan tunggu rumah sembelih di Butterworth siap dan dipusatkan di sana.

6.2.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Kuantan bahawa MPK belum melesenkan aktiviti rumah bantai khinzir tersebut di bawah kawalan Jabatan Haiwan.
18.6.95 - Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Rumah Khinzir di MPKS.
5.6.96 - Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersidang 11.10.95 dan persetujuan dicapai antara PKB dengan MPKS untuk menutup rumah sembelihan khinzir di Kampong Berjaya perlu dilaksanakan.

29.4.97 - Majlis menghantar surat kepada Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah supaya berusaha mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan rumah sembelih sekarang yang akan ditutup tidak lama lagi.
29.6.97 - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 14 Mei 97 telah membuat keputusan “Majlis bersetuju supaya dikenalpasti kawasan tapak yang sesuai untuk dipindahkan pusat penyembelihan khinzir berhampiran kilang tayar Alor Setar.”

29.9.97 - Surat daripada Pegawai Perancang Bandar, MPKS memaklumkan bahawa tapak di sekitar belakang kilang tayar Mergong tidak sesuai dan kawasan tersebut telah pun diluluskan untuk projek perumahan.
11.3.98 - Majlis menerima surat dari Dato’ Chor Chee Heung mengatakan Persatuan Khinzir telah bersetuju untuk berpindah tetapi menunggu keputusan muktamad oleh Kerajaan Negeri Kedah.
3.10.98 - Surat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat kedudukan terkini kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengenalpasti satu tapak untuk pembinaan rumah sembelih di Padang Lembu.

8.12.98 - Surat kesinambungan 21 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.
20.3.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Penyembelih Khinzir Kampung Berjaya iaitu Notis Berhenti Operasi Menyembelih Khinzir.
31.3.99 - Surat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mengenai langkah-langkah mencegah wabak Japanese Encephalities.
2.1.99 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sungai Petani bahawa tiada tanah kerajaan di kawasan Padang Lembu. Sekiranya cadangan hendak dilaksanakan juga, maka ianya perlu kepada proses pengambilan balik tanah persendirian. Walau apa pun, Majlis menunggu arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri.

12.1.99 - Menerima aduan dari orang awam mengenai ladang khinzir mengeluarkan bau yang busuk.
27.4.99 - Mesyuarat untuk menyelesaikan masalah khinzir diadakan di MPKS.
9.5.99 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan memberikan panduan Keselamatan Pekerja dan Kebersihan di rumah sembelih khinzir.
9.5.99 - Surat kepada Pengarah Kesihatan Daerah Kota Setar/ Padang Terap memberikan senarai pekerja-pekerja bagi mencegah dari wabak J.E.

22.5.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah bahawa Majlis akan berhenti daripada kutipan hasil sembelih khinzir seperti arahan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Masyarakat Bil 3/99 dan berikutan jangkitan J.E dan rungutan daripada penduduk tempatan, Majlis membuat keputusan untuk menutup rumah sembelih terbabit.
22.5.99 - Surat kepada En. Tan Tian Wan Jabatan Haiwan Negeri Kedah memberhentikan elaun pemeriksaan.

1.8.99 - Surat daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan cabutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 23.6.99 bahawa Majlis bersetuju mengambil ketetapan operasi pusat penyembelihan boleh diteruskan sehingga satu tempat baru dikenalpasti. Tindakan susulan perlu dibuat bagi mendapatkan tapak gantian dengan segera.
14.10.99 - Menerima bil air rumah sembelih RM1,102.80
11.1.2000 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah memaklumkan bahawa Majlis telah meletakkan semua kos bayaran pekerja, bil dan api di bawah tanggungan Persatuan mulai 1.1.2000

7.8.2001 - Surat daripada JKKK Kg Telok Yan supaya ubah rumah sembelih.
11.8.2001 - Surat Majlis kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memohon kebenaran untuk meruntuhkan rumah sembelih khinzir.
26.8.2001 - Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah memaklumkan bahawa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang membenarkannya. Memohon untuk dilantik ebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang membuat keputusan dalam pembinaan rumah-rumah sembelih.

20.8.2001- Surat daripada Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan surat dari Pengerusi JKKK (rujuk 35)
19.9.2001 - Majlis memberi maklumbalas kepada Pengerusi JKKK Kg Telok Yan bahawa Majlis telah membuat permohonan meruntuhkan rumah sembelih khinzir dan telah memberhentikan kutipan dan semua kos perbelanjaan ditanggung oleh Persatuan.
20.8.2001 - Menerima surat darpada Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar pohon mengubah kandang sembelih khinzir.

31.5.2006 - Mesyuarat UPEN bersetuju supaya pusat penyembelihan khinzir di Kg Berjaya ditutup. Sehingga peringkat ini, MBAS memaklumkan tiada sebarang permit baru dikeluarkan untuk operasi rumah sembelih tersebut.
15-05-09 - Pada 15-05-09, dalam mesyuarat Majlis Bandaraya Alor setar (MBAS) telah dibangkitkan isu tempat penyembelihan babi yang telah dikaitkan dengan masalah penyakit A H1N1. Oleh yang demikian majlis sebulat suara telah bersetuju sesuatu tindakan harus diambil bagi menangani masalah ini. Keputusan mesyuarat telah melantik ahli majlis Pn Teh (DAP) dan En Hamid (PAS) untuk mengepalai majlis untuk berunding dengan para pengusaha pusat tersebut.

20.05.09 - Ahli-ahli majlis telah dihubungi oleh pengusaha pusat tersebut bahawa mereka telah menerima notis perobohan yang telah dikeluarkan pada 19-05-09 dan proses penguatkuasaan akan diadakan pada 01-06-09. Satu jawatankuasa kecil telah diwujudkan selepas itu bagi membolehkan operasi tersebut dilaksanakan (diketuai PSu Pn Aminah). Walaupun Pn Teh sebagai Ahli Majlis membantah rancangan tersebut dan merayu supaya dilanjutkan tempoh meroboh, tetapi telah ditolak. 31.5.09 - YB Lee Guan Aik telah menghubungi Sdr Muhammad Sanusi memohon campurtangan YAB Menteri Besar supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan.

31.5.09 - Pertemuan diadakan antara wakil Persatuan Peniaga dan Penyembelih Khinzir bersama YB Lee Guan Aik dengan YAB Dato’ Seri Menteri Besar di rumah MB Jalan Sultanah. Persatuan memohon penangguhan selama sebulan sementara memproses permohonan tapak baru. YB Lee Guan Aik memaklumkan bahawa persatuan mempunyai enam tapak cadangan baru. YAB Dato’ Seri meminta supaya proses permohonan segera dilakukan.
YAB Dato’ Seri MB menguhubungi YB Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memaklumkan kepada Dato’ Bandar supaya ditangguhkan operasi meroboh.
MCA dan Gerakan mengadakan demontrasi di lokasi rumah sembelih pada masa yang sama.

1.6.09 - Penguatkuasa MBAS menggerakkan jentera dan petugas ke lokasi untuk meneruskan Operasi. YAB Dato’ Seri segera mengeluarkan surat yang ditandatangani sendiri memohon penangguhan operasi selama sebulan kepada Dato’ Bandar. (Serahan tangan). Satu salinan surat tersebut diberikan kepada YB Lee Guan Aik. Operasi ditannguhkan oleh MBAS selama sebulan atas permintaan tersebut.

2.6.09 hingga 25.6.09. YAB Dato’ Seri MB melalui Setiausaha Politik mengikuti perkembangan permohonan tapak baru hampir setiap hari. YB Lee Guan Aik melalui Pegawai Khas beliau memaklumkan proses sedang dijalankan. Beberapa penduduk di kawasan Jabi, Pokok Sena mengadakan demontrasi dan menaikkan kain rentang membantah cadangan penempatan semula rumah sembelih di kawasan tersebut. Timbul isu Kerajaan Negeri lebih mengutamakan babi daripada penduduk Kampung Bidan yang terlibat dalam penguatkuasaan perobohan rumah-rumah yang terlibat dalam pengambilan balik tanah.

Pegawai Khas memaklumkan mereka telah mendapat tapak di Kg Cina, Pendang. Tanah milik persendirian yang dikelilingi sawah padi milik kaum siam. Setiusaha Politik MB Mengarahkan permohonan lengkap perlu segera dibuat kerana masa kian suntuk. YAB Menteri Besar membuat panggilan telefon kepada Pegawai Daerah Pendang untuk bertanyakan permohonan daripada Persatuan tersebut. Pegawai Daerah Pendang memaklumkan bahawa permohonan belum diterima. Jabatan Verterinar memberhentikan pengeluaran permit menghantar dan memproses babi di lokasi terbabit.

26.6.09 - Pegawai Khas YB Lee Guan Aik menyerahkan surat permohonan tapak baru di kampong Cina, Pendang ke Pejabat Mnteri Besar. Setiausaha Politik MB mengarahkan permohonan diserahkan ke Pejabat daerah Pendang. Surat tersebut telah didiserahkan kepada Pejabat Daerah Pendang.
28.6.09 - YB Lee Guan Aik berjumpa Menteri Besar di Pejabat memohon penangguhan kali kedua sehingga permohonan yang dihantar di Pejabat daerah Pendang diluluskan.
MB memanggil Exco Kerajaan Perumahan & Kerajaan Tempatan (Dato’ Phahrolrazi) dan Pegawai Daerah Pendang agar permohonan segera diproses.
Pegawai Daerah memaklumkan bawaha semua jabatan teknikal seperti Jab Alam Sekitar, Jabatan Verterinar, Jab Pertanian dan Jab Kesihatan telah dihubungi untuk membuat lawatan tapak pada 29.6.09.

29.6.09 - Lawatan tapak dilakukan melibatkan semua Jabatan Teknikal pada jam 3 petang.
30.6.09 - YB Tommy Su (Pengerusi DAP Kedah/ Perlis) mengadakan pertemuan dengan YB Tan Wei Tsu dan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi memohon penjelasan dan penangguhan kali kedua.
1.7.09 - Operasi penguatkuasaan notis perobohan dijalankan pada jam 3 petang dengan sedikit bantahan dari sebahagian masyarakat Cina dan pimpinan DAP dan beberapa ADUN PKR.

Menurut beliau seterusnya...

"Sejak dari awal lagi, DAP nampak kelam kabut dengan desakan MCA dan Gerakan dalam isu rumah sembelihan babi. DAP yang berada dalam kerajaan negeri di Kedah tidak mampu mempertahan kelangsungan rumah sembelihan babi di Kg Berjaya yang tersohor dihari runtuhnya. Di hari rumah itu diranapkan, seluruh dunia sedar bahawa wujud sebuah premis seumpama itu di Kg Berjaya. Ia berjaya mengekalkan dirinya selama hampir 40 tahun dengan operasinya yang tidak disenangi walaupun oleh pihak yang memakan apa yang keluar dari dalamnya.

Berbeza dengan MCA dan Gerakan sewaktu memerintah bersama UMNO dan MIC berjaya mempertahankan premis haram (tanpa lesen) itu selama 30 tahun lebih. Selama 30 tahun itulah UMNO memejam mata kepada pelanggaran peraturan rumah itu untuk menjaga hati MCA dan Gerakan.
Penyokong MCA dan Gerakan mengharapkan DAP dapat menjalankan fungsi yang digalas oleh mereka dalam kerajaan sebelum ini. Tetapi DAP gagal. Kegagalan ini menyebabkan masyarakat cina menuding jari dan menjuehkan bibir kepada DAP. Tudingan jari, jeritan, booo, caci maki dan cemuhan oleh Gerakan dan MCA kepada DAP menyebabkan mereka terpaksa berundur selangkah mengosongkan tempat asal mereka.

Gerakan dan MCA mengharapkan DAP menjadi pelanggar undang-undang seperti mereka, tetapi DAP tidak seperti itu. Mereka akur dengan peraturan, tetapi tidak tahan dengan cemuhan. Maka berundur akan menyelamatkan diri dari kutukan dan mengembalikan kepercayaan bahawa mereka masih berprinsip seperti yang diharapkan oleh masyarakat cina kepada mereka.
YB Lee Guan Aik, dan pembantunya menjadi ADUN buat kali pertama, pengalaman sebagai ahli politik sedang ditimba (selama 16 bulan ini) sewaktu cubaan ini datang melanda mereka.

Tommy Su datang dari Perak, negeri di mana DAP ramai menjadi Adun, Exco dan Ahli Parlimen. Ramai YB DAP di Perak menjadi Adun dan MP serentak. Tommy mengharapkan suara mereka didengar di Kedah seperti mereka di dengar di Perak. Tetapi ia tidak berlaku. Rules of Law masih segar di Kedah. Tommy juga barangkali masih muda dan orang muda cenderung untuk terburu-buru. Maka mesyuarat yang dipengerusikannya memutuskan penarikan diri dari PR di Kedah, tetapi nampaknya telah mendahului DAP Pusat. Kenapa negeri boleh membuat keputusan mendahului pusat dalam hal sebesar ini?

Inilah contoh sikap terburu-buru Tommy.
YB Lee Guan Aik pula malam tadi mengatakan MB Kedah angkuh! Kerana tidak memujuk dan merayu mereka kembali ke dalam kerajaan. Saya tidak nampak di mana ayat dan ungkapan big boss saya itu hingga Lee Guan Aik mengatakan beliau angkuh. Beliau masih berlembut, sabar dan berada di atas landasan yang betul. DAP masih kekal dalam kerajaan PR sehingga surat penarikan diserahkan kepada beliau. Beliau masih rasional. DAP nampak ‘terlajak’ banyak dalam tuduhan ini. Saya tidak nampak selain daripada DAP telah berjaya disembelih oleh MCA dan Gerakan dalam isu rumah sembelihan babi di kampong Berjaya. Berjayalah MCA dan Gerakan."

No comments:

Related Posts with Thumbnails