Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Monday, July 6, 2009

Taktik lama masih dipuja! - UMNO

Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerianberkenaan.

"Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali.

"Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai hari ini, lapor Bernama.

Mustapa berkata sebagai permulaan 300 pelajar telah menerima bantuan itu mulai hari ini dan kesemua bakinya akan menerima secara berperingkat.

Sebelum itu Mustapa sendiri telah menyampaikan bantuan itu bagi mewakili Muhyiddin di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Terdapat 10 buah sekolah rendah, 12 menengah dan sebuah sekolah aliran Arab di Manek Urai.
sunsnake

Alhamdulillah. 'Rezeki' sedang melimpah ruah secara tiba-tiba di Manek Urai.. Teringat kata 'nasihat' Abang Mat Sabu suatu ketika dulu.. "Hangpa nak tak bantuan sekolah anak? Jalan tar sampai tangga rumah? Bekalan anak itik anak ayam? Bantuan basikal? bantuan jambatan/titi? haaa.. kalau nak doa-doala ADUN tempat Tuan-tuan meninggal!! (ayat jenaka sinis dari beliau).. Hakikatnya, itulah dia UMNO-BN.. mari pilihanraya memang rakyatlah menjadi Tuan!! abis Pilihanraya rakyat jadi macai!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails