Terbaru di Aku Budak Balun!
-
Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...11 years ago
Sunday, May 31, 2009
Amannya Malaysia tanpa UMNO-BN!
Lihatlah gambar yang dirakam oleh MAFREL ini..
suasana sekitar hari pengundian di Penanti siang tadi.
Oleh kerana UMNO-BN tidak bertanding di Penanti, indeks ketenangan dan keselamatannya telah jelas kelihatan berdasarkan gambar disebelah...
Bayangkan pula jika UMNO-BN berjaya dipupuskan di Malaysia!!! Betapa aman dan tenangnya seluruh rakyat Malaysia termasuk Polis dan keluarga mereka!
SPR.. kalah di Penanti...
Ini adalah salah satu bukti betapa SPR merupakan komponen BN....
Penanti: Pengundi dipindah kawasan Parlimen
May 31, 09 10:19am
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Mansor Othman mendakwa berlaku kes kehilangan nama pengundi dalam senarai pemilih.
Mansor mendakwa, sehingga jam 9.30 pagi tadi, terdapat tujuh hingga lapan nama pengundi, tidak ada dalam senarai pemilih.
Katanya, apa yang berlaku sama seperti ketika pilihanraya umum 2004 lallu di mana ramai pengundi dipindah ke kawasan lain tanpa pengetahuan mereka.
Dalam pilihanraya umum 2004, ribuan pengundi, terutamanya di Selangor, mendapati nama mereka dipindahkan ke kawasan lain, menyebabkan keadaan menjadi kecoh, dan memaksa tempoh pengundian dilanjutkan hingga jam 8 malam.
Sehubungan itu, Mansor menyuarakan kebimbangan bahawa perkara itu akan menjejaskan jumlah pengundian hari ini.
Lim juga menyifatkannya sebagai satu 'komplot' untuk mensabotaj pengundian hari ini.
Mansor pula berkata, PKR akan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika terdapat banyak lagi kes kehilangan nama pengundi.
Sementara itu, seorang pengundi, Tan Soon Guan yang sudah dua kali mengundi sebelum ini - sewaktu pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu - mendapati namanya tiada dalam senarai pemilih di pusat pengundian Jit Sin. Pemeriksaan kemudiannya mendapati nama beliau telah dipindahkan ke DUN Berapit yang terletak di dalam kawasan Parlimen Bukit Mertajam.
Sementara itu, dalam reaksinya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pengundi sepatutnya memeriksa lebih awal nama mereka dalam senarai pemilih. Dengan itu, katanya, pihak SPR akan dapat mengenalpasti masalah tersebut. Oleh itu, Abdul Aziz berkata, mereka tidak boleh menyalahkan SPR mengenai perkara itu.
sunsnake
Statetement paling bodoh dalam sejarah Malaysia buat kali yang kedua! Dulu dia minta jangan pilih calon yang nak mati! Hari ini, rakyat kena semak sendiri kelalaian SPR!! dia dah buat silap tertukar atau sengaja menukar tempat mengundi untuk rakyat, lepas tu dia marah kenapa rakyat tak semak dahulu kerja-kerja dia??
Inilah yang dinamakan pencacai merangkap bangsat UMNO! sudahlah Abdul Aziz pencacai pengangkat najis Najib.. Rakyat dah makin meluat dengan kamu... sama je hina kamu dengan zambiri Mb Mahkamah perak tuh!
Aminah dapat Undi Tertinggi!!!
Nampak benor bodoh siapa yang ngundi POS ni!!!
Calon Pakatan Rakyat Menang!
Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.
Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.
Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.
Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).
Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.
Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).
Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).
sumber - kedaikopitepimasjid
Selamat Mengundi, Semoga Beroleh Kejayaan!
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,
Dengan nama Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang,
PASZBB mendo'akan kejayaan buat PKR daripada Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Kecil Dun Penanti ini.
Semoga kebatilan akan berjaya diserlahkan. Pastinya UMNO-BN walaupun tidak bertanding, akan memanipulasi apa sahaja untuk sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti undi kita.
Biasalah... sememangnya itu adalah kewajipan mereka dalam mempertahankan 'survival' mereka yang kian rapuh itu.
Buat pengundi Dun Penanti, teman rasa agak cemburu sebab dalam jangkaan teman, teman yang akan balik Ke Dun Behrang dulu untuk mengundi!
Sama-sama kita nantikan keputusannya selewat-lewatnya malam ini. Maafkan teman kerana tidak dapat turun berjuang di Penanti atas alasan keperluan aktiviti masayarakat di sini.
Takbir! Allahuakbar!! REFORMASI!!
sunsnake
Friday, May 29, 2009
Wajah sebenar Cif Inspektor Azilah!
Inilah wajah sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri yang menutup wajahnya gaya ala ninja sepanjang tempoh 159 hari perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Gambar yang disairkan dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 28 Mei 2009 menunjukkan muka beliau dari bahagian tepi kiri.
Azilah, 33. bersama rakannya, Koperal Sirul Azhar Umar, 37, di hukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam 9 April lalu apabila didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya.
Sebelum ini kedua-dua tertuduh dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.
Bagaimanapun pada 31 Oktober tahun lepas, penganalisis politik dan penasihat kanan Perdana Menteri Najib Razak itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.
Azilah dan Sirul Azhar telahpun memfailkan notis rayuan beberapa hari setelah keputusan Mahkamah Tinggi.
Perbicaraan mereka mencatat beberapa rekod termasuk tempoh perbicaraan paling panjang membabitkan sejumlah 84 saksi.
Azilah direman di Penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar selama 895 hari.
sumber - tvantara
Thursday, May 28, 2009
Bermula dengan UMNO...
Selepas itu....
Kemudian...
selepas itu ketibaan!!!
Dan muncul...
Dan kini Generasi menyambung...
Dan hari ini keluar berita di TV dan Akhbar...
Robert Kuok kekal rakyat Malaysia terkaya dengan kekayaan AS$9 Bilion
KUALA LUMPUR: Tan Sri Robert Kuok, peneraju Kumpulan Kuok, kekal sebagai rakyat Malaysia terkaya dengan nilai bersih AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion setahun lalu, demikian menurut Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia 2009.
Dalam satu kenyataan di sini, hari ini, Forbes berkata, Kuok menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.
Ahli perniagaan, Tan Sri Ananda Krishnan, menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion pada tahun lalu. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006.
HIDUP MELAYU!!!!!!!!!!
HANYA UMNO YANG MAMPU MEMARRRBAAATTKKANN MELAYU!!
"errr.. ini bawah dua olang melayu kaaa???"
last-last... rakyat....
sama-sama kita fikir....
sunsnake
Kezaliman Ah Long - Najib terkejut???
PUTRAJAYA, 28 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan tahap kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh ceti haram atau ah long terhadap mangsa mereka yang gagal melunaskan hutang.
Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang negara terhadap ah long itu.
“Saya berharap rakyat Malaysia akan sedar dan jadikan kejadian ini sebagai iktibar kepada mereka
untuk tidak sama sekali meminjam daripada ah long,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan unjuran rasmi kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), di sini hari ini. - Bernama
sunsnake
PM baru tahu hal ni?? Jangan meminjam dari AH LONG?? habis?? nak pinjam kat siapa?? Kat bank?? Kat Tekun?? Kat koperasi?? kot keje kerajaan mungkin la kot tapi kalau swasta?? keje kilang?? keje kilang Perodua atau Proton mungkin ok la kot.. keje kilang kicap?
Gamaknya bank Malaysia la yang paling cerewet dalam bak bagi pinjam! Kalau dah setel hutang tertunggak pun nama still ada dalam CTOS! walaupun kewujudan CTOS itu sendiri diragui!
Tak berhutang?? cakap senang laaa.. Kalau Ketua Bahagian UMNO mungkin boleh.. itupun ramai yang kantoi amik rasuah!!
Wahai PMku.. tak semua rakyat kamu ni boleh pinjam kat bank.. dalam keadaan harga barang yang makin naik ni, dalam keadaan harga telur ayam pun kerajaan PUTRAJAYA tak mampu nak kawal! inikan pulak nak kawal AH LONG??? piiirraaa!!!
Bersepah pejabat AH LONG di Rawang ni contohnya apa yang kerajaan mampu buat? kementerian kewangan melalui agensi-agensi apa bikin??
Tak percaya pergi check kat Biro aduan MCA, check balik kenapa mereka ini sanggup meminjam dari AH LONG walaupun tahu risikonya!
Antaranya sebab nak mula berniaga kecil-kecilan.. nak jual goreng pisang,laksa kedah,cendawan goreng..air jambu batu.. dengan harapan ada sedikit untung dan boleh cover balik modal..
nak pinjam kat sapa?? Tekun?? bukan main banyak kertas kerja! kat maybank?? boleh jalan!!
kat Public Bank?? buat kena gelak dengan PR dia je.. last2 AH LONG inilah jalan terakhir...
itu belum lagi kes pinjam AH LONG sebab nak bagi anak makan!
PENANTIAN IBU TAHANAN AKTA ZALIM ISA, MENINGGAL DUNIA SEMALAM SELEPAS 8 TAHUN MENANTI PEMBEBASAN ANAKNYA.
Penantian seorang ibu selama lapan tahun yang ingin melihat anak yang amat di kasihinya bebas dari pada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri , tidak kesampaian apabila beliau menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.
Allahyarhamah Sauda Abdul merupakan ibu kepada tahanan ISA Mat Sah Mohamed Satry yang di tahan di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping sejak 2001.
Ibu berusia 71 tahun itu meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.Menurut suami beliau kali terakhir allahyarhamah bertemu Mat Sah adalah pada Ahad lepas setelah beliau dibenarkan pulang buat seketika untuk bertemu ibunya yang sakit tenat.
"Pertemuan antara ibu dan anaknya itu berlangsung dalam suasana yang gembira dan beliau tidak mengetahui apa perbualan mereka tetapi beliau sempat mendengar isterinya bertanya bilakah agaknya anaknya itu akan kembali ke pangkuan keluarga seperti dulu,” kata beliau.
Mat Sah tiba jam 3.00 petang dengan di iringi kawalan ketat lapan anggota polis yang berpakaian preman.
Beliau ditahan tanpa bicara di bawah ISA kerana dituduh terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah.
Pertemuan antara anak dan ibu berlangsung dalam suasana yang cukup pilu apabila Mat Sah diberi peluang menatapi dan mengucup wajah ibunya buat kali terakhir.
Bapa Mat Sah merayu pihak kerajaan mentimbangkan pembebasan anaknya kerana sudah terlalu lama beliau di tahan tanpa sebab yang munasabah.
“Saya juga amat berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan hukuman pada anaknya kerana setahu beliau, anaknya tidak pernah melakukan apa-apa perkara yang boleh menggugat keselamatan negara,” kata Mohamed Satry.
Antara yang sempat menziarahi jenazah Sauda ialah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo’lo’ Ghazali dan Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh .
PASZBB
Sampai bila kita akan melihat kisah-kisah sebegini? Mungkinkah benar bahawa orang melayu ini ada yang seperti ayam daging! Yang hanya kisahkan hal sendiri atau keluarga sendiri.. hari ini apabila berlaku episod sedih dalam keluarga Mat Sah ini, ada dikalangan melayu UMNO yang hanya berkata, "alahhh.. itu keluarga depa.. sapa suruh lawan kerajaan!" sedangkan tidak mustahil suatu hari nanti akta yang amat zalim ini akan terkena kepada ahli keluarga dia!
Maka jadilah seperti ayam daging! yang dibawa dari ladang berasak-asak didalam raga plastik. Sampai dipasar seekor demi seekor ditarik keluar dan disembelih! ayam-ayam yang lain hanya memandang dan senyap sahaja! jarang ada yang bising-bising! "allahhh.. itu dia yang kena sembeli.. bukan aku!".. hingga akhirnya habis satu raga kena sembelih!! itulah hakikat yang akan berlaku jika kita hanya melihat dengan kesedihan tanpa melakukan apa-apa!!
Mari kita tentang kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang zalim ini! Yang masih mengekal malah memperhebatkan lagi akta ISA drakonian!!
Komunis - Satu lagi talian hayat UMNO
Isu komunis yang tiba-tiba muncul disaat Malaysia masih lagi bergolak dengan suasana tegang politik,jenayah dan ekonomi ini amat memelikkan. Angin tak ada, ribut tak ada tiba-tiba hujan!
Dan apabila bercakap isu komunis, maka secara langsung ini akan menyingkap segala isu-isu perkauman di Malaysia ini. Teman sebenarnya bukanlah orang yang arif berkenaan sejarah, hatta sejarah masa SPM pun 'ngam-ngam ho' aje..
tetapi pada teman kalau nak dikaji sebermulanya isu ini bertiup ialah apabila apa pemimpin Gerakan Pulau Pinang yang ntah dari mana dapat ilham, mencadangkan Chin Peng dimaafkan dan dibenarkan pulang ke Malaysia. Parti Gerakan itu sendiri telah menunjukkan bahawa ini adalah masalah dalam Barisan Nasional! Selama hampir 50 tahun lebih UMNO mengetuai Kerajaan Malaysia, sampai sekarang mereka gagal memahamkan kepada rakan-rakan bukan melayu mereka akan betapa sensitifnya isu seperti komunis ini.
Hasilnya, hari ini lidah rasmi UMNO iaitu Berita Harian & Utusan Malaysia menyiarkan berita-berita seolah-olah pembangkang bersetuju sangat dengan pengampunan kepada Chin Peng ini! Dikeluarkan semua cerita-cerita pasal komunis, mangsa-mangsa kekejaman komunis, pahit-getir orang melayu berhadapan dengan komunis! dan betapa jahatnya cina-cina yang menyertai komunis kerana hendak menentang Jepun yang telah menjajah China diwaktu itu!
Sebenarnya, isu ini seperti isu-isu sebelum ini, hanya untuk mengalih perhatian rakyat Malaysia sahaja. Tidak ada apa-apa yang harus dibimbangkan. Teman yakin, rakyat Malaysia yang berfikiran waras dan bersih amat faham akan kekejaman komunis, amat sedih dan simpati dengan mangsa-mangsa kekejaman komunis terutama orang-orang melayu! dan cina-cina yang ada sekarang ini pun tak gila nak tubuhkan semula gerakan komunisme!
Sedangkan hakikatnya, UMNO-Barisan Nasional lah yang sedang mangamalkan ajaran komunis! walaupun boleh dikatakan 'soft' komunis! Lihatlah sebermula Malaysia ini ditadbir oleh PM baru, dah berapa lori orang kena tangkap! dah berapa banyak akhbar yang di'haram'? dah berapa banyak pimpinan pambangkang yang ditahan? Dah berapa banyak peguam-peguam yang dilokap? dah berapa banyak duit habis(baca-duit rakyat) untuk disalurkan kepada Polis untuk membuat kerja-kerja yang membazir seperti memantau aktiviti pembangkang khasnya?
Setiap perhimpunan pembangkang diistilah sebagai haram! walaupun terbukti aman? Setiap ruang maklumat rakyat kalau boleh mahu disekat! Di Ipoh, seolah-olah darurat dibuatnya walhal hanya berlaku Sidang Dewan Undangan Ngeri!
Akta ISA itu sendiri boleh diistilah sebagai komunis!!
Peringatan teman buat pimpinan PR, sudah-sudahlah layan 'permainan' UMNO-Barisan Nasional ini. Mereka sebenarnya sedang cuba untuk meniupkan api perkauman kembali. Hanya itulah sahaja antara talian hayat mereka yang tinggal! bagi UMNO(melayu), MCA(cina) dan MIC(India) hanya dengan semangat perkauman sahaja yang mampu mengembalikan kuasa mereka yang semakin hilang! Hanya dengan perselisihan antara kaum sahaja yang akan menguntungkan mereka! Atau lebih tepat pimpinan mereka! Di hadapan rakyat jelata, mereka mengungkit-ngungkit sentimen perkauman dihadapan kaum masing-masing, yang sebenarnya untung adalah Pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC! Apabila mereka bersama dengan sesama mereka, hanyalah agihan keuntungan yang diperagih-agihkan! UMNO akan agihkan sesama pemimpin mereka, MCA agihkan sesama pemimpin mereka dan MIC jangan ceritalah! tanya dan lihatlah kehidupan Samy Vellu!
Kepada rakyat Malaysia, marilah kita teruskan langkah yang semakin hampir kepada kejayaan ini, jangan lagi hanyut dengan sentimen perkauman yang hanya menguntungkan pemimpin-pemimpin UMNO,MCA dan MIC ini lagi! cukuplah selama ini, sejak merdeka rakyat Malaysia diperbodoh-bodohkan oleh golongan 'terhormat' yang menerima kemerdekaan tanpa setitis darah pun mengalir daripada pemimpin-pemimpin mereka! Sedangkan pihak-pihak yang sanggup mati menuntut kemerdekaan Tanah Melayu telah di'hilang'kan dari lipatan sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan. Sejarah kemerdekaan pada mereka hanya bermula apabila Tunku Abdul Rahman pergi ke London untut menuntut kemerdekaan sedangkan perjuangan yang sebenarnya jauh lebih lama dari itu!
Sebagai Islam walaupun pernah suatu ketika agak berat dengan penerimaan bukan melayu sebagai rakyat Malaysia, namun yakin dengan ketentuan Allah SWT. Inilah peluang untuk kita membuktikan akan keadilan Islam kepada semua kaum di Malaysia tak kira melayu,cina,india sikh atau apa sahaja bangsa telah ditakdirkan Allah SWT menjadi rakyat yang sah di bumi bertuah ini! Alangkah Indah dan Berkatnya Malaysia ini, apabila Sistem Perundangan Islam secara syumul diterima oleh semua rakyat sebagai undang-undang Persekutuan, bukan undang-undang yang di'saka'kan oleh penjajah!
sunsnake
Wednesday, May 27, 2009
Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pilihan raya
Dalam temubual tersebut, Dato’ Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat racist dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan medianya semalam.
Pemuda PAS Negeri Perak katanya, mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan, begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di negara tercinta ini.
Sehubungan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindak-tanduk Dato’ Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat Umno Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak Umno/BN.
“Sifat kepura-puraan Dato’ Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya.
“Pemuda PAS Perak mencabar Dato’ Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara ‘gentlemen ilmu’ bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak.
PASZBB
Kadang-kadang simpati dengan nasib Tok Mufti Perak ni, seorang yang amat lembut tutur katanya, wara' perwatakannya, tetapi kini apabila dia rela dipergunakan oleh UMNO dalam meng'halal'kan tindak-tanduk mereka, dia menjadi mangsa!
Samalah juga dengan Institusi Kesultanan Perak yang semakin terhakis penghormatan rakyat, apabila Tuanku merelakan UMNO ini berselindung dibelakang, menggunakan nama Sultan untuk mengiyakan apa yang dikatakan 'rampasan kuasa ala kudeta', maka sekalian rakyat semakin menjauhi Sultan mereka!
Apabila dikenangkan sebelum UMNO merampas negeri teman ini secara keji, teman dapat melihat betapa rakyat Perak berbangga mempunyai Sultan yang bijak dari segi akademik dan mempunyai Mufti sebagai penasihat yang berani berkata benar (dalam isu murtad & maksiat).
Tetapi kini segalanya musnah dalam masa tak sampai 4 bulan!! hari demi hari...
Semoga Allah SWT membantu rakyat negeri Perak daripada kezaliman dan kemunafikan ini...
AL-KESAH HIKAYAT INDERA PUTERA
Pada suatu hari hujan yang maha lebat telah turun. Petir sabung menyabung. Datuk Seri dan Mak Seri - berpayungkan daun pisang – sedang cuba mencari-cari tempat untuk berteduh. Datuk Seri temengah-mengah berjalan. Mak Seri perlahan-lahan mengheret badannya seperti saekor pinguin. Setiap kali Mak Seri menapak kedengaran guruh berbunyi dan bumi berkocak.
Akhirmya mereka sampailah ke satu kawasan yang amat permai dengan tasik yang maha luas. Sebuah istana tersergam indah tetapi tidak kelihatan seorang manusia pun. Di tepi istana ada sebuah rumah dua tingkat berdiri anggkuh sebagai pusat kawalan.
Apabila Mak Seri ternampak rumah ini maka dengan cepat Mak Seri membuangkan payung daun pisangnya dan terus menaiki tangga rumah. Dengan perlahan-lahan Mak Seri membuka pintu. Mak Seri terpaksa mengerengkan badan untuk meluluskan diri masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja Mak Seri sampai ke tengah rumah – rumah ini mula bergegar dan akhirmya runtuh rantah.
Mak Seri tersembab jatuh. Bumi yang tidak tahan menerima berat badan Mak Seri mula bergocak. Istana bergegar sama dan akhirya runtuh. Tidak di sangka-sangka gegaran menjadi gempa. Goncangan dari kejatuhan badan Mak Seri ini telah memecahkan tebing tasek. Maka ditakdirkan tasek yang maha luas ini pun pecahalah. Air pun berbuih-buihlah mengombak keluar. Maka saentero bumi pun mula di tenggelami air.
Maka banyaklah binatang dilanggar air. Semua lintang pukang ingin menyelamatkan diri. Halilintar bergema memecah bumi. Para dinosaur bergegak gempita cuba menyelamatkan diri. Ada yang hanyut. Ada yang terapung. Ada yang tenggelam. Yang terapung menjadi cicak. Yang tenggelam menjadi buaya. Yang selamat menemui daratan merangkak hingga ke Melaka untuk menjadi buaya darat yang suka memakan kanak-kanak perempuan.
Ketika bumi tenggelam rupa-rupa nya Datuk Seri telah menjadikan badan Mak Seri sebagai pelampong. Setelah lama terapong, pada satu hari yang maha panas pelampong Datuk Seri telah tersangkut di sebatang kayu. Hari demi hari semakin banyak kayu dan sampah sarap tersangkut di pelambong. Bila air mula kering maka muncul tanah daratan yang menjadi benua dan gunung. Ada tanah yang menjadi pulau.
Pelampong Datuk Seri ini telah membukit kini kering untuk menjadi sebuah pulau yang kemudianya dipanggil pulau Putera Indera. Maka Datuk Seri pun turunlah dari pelampongnya dan terus membuka negeri di Putera Indera. Demikian seadanya mengikut kesah sahibul hikayat bermulanya akan asal usul terjadinya kesah hikayat kita ini.
Seribu tahun kemudian di Pulau Putra Indera pada tahun 3089 al-kesah ini disambung lagi.
Datuk Seri Menggeliga sedang sedang duduk termenong memikirkan masaalah yang sedang dihadapinya. Dia menggaru kepala. Tiga helai rambutnya tercabut. Dia menggaru-garu lagi tiga helai lagi rambutnya tercabut. Dia sedang berhadapan dengan satu pilihan – nak bersabung atau tidak bersabung.
‘Cam na ni Datok.. ayam kita nak masuk gelanggang atau tidak’ suara Tun Bodek pembantu setia yang selalu menasehati Datuk Seri Menggeliga. Datuk Seri buat buat tidak dengar. Telah lima kali ayam sabungnya kalah. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Tun Bodek untuk memastikan ayam sabung Datuk Seri menang.
Datuk Seri pernah mengarahkan Setia Perwira Rangga tuan punya gelanggang untuk mengalih gelangang - mencari tempat basah agar ayam sabung seterunya akan kuyup. Ini juga gagal. Kemudian Setia Perwira Rangga telah dua kali menaburkan racun di kawasan gelanggang. Ini juga gagal.
Kerana semua ini gagal Setia Perwira Rangga telah diperintahkan oleh Datuk Seri untuk menetapkan tidak lebih dari lima ribu orang sahaja yang boleh datang untuk menonton pesta sabung ayam ini. Mengikut pandangan dan nasehat Tun Bodek jika tidak ramai orang yang datang melihat sabung maka semangat ayam dari seteru Datuk Seri akan berkurangan.
Musuh ketat ayam sabung Datuk Seri ialah orang kampong yang bernama Tok Rayat. Tok Rayat ini ada memiliki ayam sabung yang cukup hebat. Mengikut kesahnya ayam sabung Tok Rayat ini datangnya dari baka ayam piliharaan orang asli Hulu Semantan. Ayam orang asli ini dikatakan hasil dari kacokan helang batu dengan ayam denak. Hingga ke hari ini tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan ayam sabung Tok Rayat.
Datuk Seri terus berfikir. Dia sedar akan tradisi rakyat Putera Indera – sesiapa yang telah kalah sabung lebih dari tujuh kali maka orang ini akan di hanyutkan ke dalam sungai. Datuk Seri tak sanggup lemas tenggelam. Datuk Seri risau kalau dia kalah lagi maka semua penyokongnya akan melarikan diri. Mereka tidak akan sama-sama bersorak di gelanggang untuk menyokong ayam sabung Datuk Seri.
Pening kepala Datuk Seri. Dia wajib memberi jawapan secepat mungkin sama ada hendak menyabung atau tidak. Datu Seri menggaru kepala lagi. Tidak ada lagi rambut yang sanggup gugur. Kali ini yang gugur hanyalah kelimomor yang telah lama bersarang di kepalanya.
Datuk Seri sedar dia telah merancang dan membuat pelbagai onar agar ayam Tok Rayat dapat dikalahkan. Kali ini dia telah putus akal. Telah lima kali dia kalah. Jika dua lagi dia kalah maka sohehlah dia akan dihanyutkan.
Ada satu pekara yang amat-amat menyakitkan hati Datuk Seri ialah dari hari ke jam, dari jam ke minit - semakin ramai orang datang bersorak dan bertaruh. Sabung belum bermula orang ramai telah bertaruh. Tetapi orang ramai ini semuanya meramalkan yang ayamnya akan kalah. Cukup perit hati Datuk Seri. Malah Datuk Seri telah mendapat tahu dari Tok Bodek bahawa ramai wartawan dan majalah dari luar negara termasuk ESPN Sport Channnel telah meramalkan yang ayam sabung Datuk Seri akan mengelupur kena taji oleh ayam Tok Rayat.
Satu ketika dahulu Datuk Seri Menggeliga telah memberi alasan bahawa yang menjaga reban ayam sabung adalah Datuk Seri Paduka Tido. Datuk Seri Paduka Tido ini amat senang dipersalahkan kerana dia amat jarang turun ke gelanggang. Setiap hari kerjanya hanya bergolek di atas pangkin mengira semut di tepi busut. Sekarang Datuk Seri Paduka Tido telah hanyutkan maka adalah menjadi tugas Datuk Seri sendiri untuk menjaga ayam sabung di gelanggang.
Dalam hati kecil Datuk Seri telah berkata bahawa kalah sabung ini mungkin cerita biasa tetapi ada satu lagi pekara yang amat-amat di takuti oleh Datuk Seri. Macam Pak Pandir yang menyimpan rashia takut apabila mendengar Mak Andeh menyanyikan pantun Tok Tok Kai Serondong Batang , Datuk Seri ada satu rashia yang amat-amat ditakutinya.
Bayangkan – setiap kali diadakan pesta sabung ayam maka seluruh rakyat Putera Indera akan datang. Dalam pesta ini pasti ramai orang datang berjaja dan berjual. Keramaian seperti ini memang dinanti-nantikan oleh rakyat. Datuk Seri tahu ketika berpesta seperti ini besar kemungkinan rashianya akan terbocor.
Datuk Seri takut bila behadapan dengan orang ramai – entah-entah rahsianya akan bocor. Tetapi Datuk Seri sedar bahawa hanya dua orang sahaja yang tahu rahsia dirinya. Dua orang ini – Datuk Baginda dan Dol Air Batu. Datuk Baginda ini pada satu ketika dahulu amat dipercayai oleh Datuk Seri. Tetapi , walau pun dipercayai, ada kemungkinan Datuk Baginda ini telah memberi tahu isterinya tentang rahsia Datuk Seri Menggeliga.
Untuk memastikan yang rahsia Datuk Seri ini terselamat, pada satu malan yang gelap gelita Datuk Baginda dan anak bininya telah dihanyut ke dalam sungai. Lalu tugas Datuk Baginda ini telah diambil oleh Tun Bodek. Hingga ke saat hikayat ini ditulis Datuk Seri amat senang kerana Tun Bodek ini dari hari ke hari semakin jelas menunjukkan kesetiaan kepadanya.
Tetapi bagaimana Datuk Seri akan dapat menutup mulut Dol Air Batu? Siapakah sebenarnya Dol Air Batu yang menakutkan Datuk Seri ini ?
Sebenarnya Dol Air Batu ini tidak pernah bertegur sapa dengan Datuk Seri. Dia hanya peniaga kecil yang berbasikal ke hulu ke hilar sekeliling kampong berjaja. Setiap kali jika ada pesta menyabung ayam maka Dol Air Batu ini akan membesarkan sedikit perniagaan. Dia akan ke bandar untuk membeli air batu kerana dia tahu ketika pesta sabung menyabung orang yang bersorak sorak akan dahaga - air batu sirapnya akan laris. Pada pesta yang lepas Dol Air Batu telah membeli loceng untuk digoyangkan agar bunyi kling kling loceng akan menarik perhatian bakal pelanggan.
Di pesta menyabung yang terakhir inilah Datuk Seri telah terdengar lonceng Dol Air Batu. Datuk Seri ternampak orang berkumpul mengelilingi basikal Dol Air Batu. Apabila Datuk Seri merapati basikal Dol Air Batu, dia tergamam dan hampir jatuh pengsan. Datuk Seri macam tidak percaya apa yang terkeluar dari mulut Dol Air Batu.
Sambil mengoyangkan locengnaya Dol Air batu telah melaungkan ‘ ais skrim baru.. ais krim mangnolia.. ais krim magnolia…air skrim mongolia…’ Ketika itu dengan serta merta badan Datuk Seri mengigil dan mukanya menjadi pucat. Datuk Seri berfikir apakah Dol Air Batu tahu rahsianya. Dia hampir jatuh pengsan. Nasib baik Tun Bodek cepat datang membantu.
‘Cam mana ni Datuk… orang ramai sedang menanti… tim kita masuk gelanggang atau tidak…’ Suara Tun Bodek kedengaran lagi. Bila mendengar suara ini Datuk Seri tersentak dari ngelamun. Dia bangun dari kerusi dan tercegat berdiri lalu berkata:
‘ Tidak … kita tidak masuk melawan kali ini…nanti ada orang jual ais skrim dari magnolia pula’. Tun Bodek kehairanan. Dia tidak faham apa maksud dari cakap Datuk Seri. Sebagai seorang Tun Bodek yang setia walau pun tidak faham tetapi dia berlagak seperti faham.
Esoknya Tun Bodek memberi tahu Setia Perwira Rangga yang tim sabung Datuk Seri tidak akan masuk melawan di gelanggang. Langkah cergas yang diambil oleh Tun Bodek ialah mengharam Dol Air Batu dari menjaja ais krim Magnolia di Putera Indera. Semuanya atas arahan Datuk Seri Menggeliga. (TT)
sumber - tukartiub
PASZBB
memang 'pecah perut' baca hikayat ni! Kalah Hikayat Raja Mendaliar!
Warna-warna Malaysia: Rakyat hilang hak berpakaian?
Sejak beberapa musim ini, rakyat sudah mula terkeliru dan rungsing mengenai pakaian yang mereka kenakan setiap hari.
Mutakhir ini, warna pakaian yang dipakai pada satu-satu keadaan akan membawa kemudaratan sehingga boleh dibawa ke mahkamah dan bermalam di dalam lokap.
Pakaian Hitam
Pada Mei 5 lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) melancarkan 1MalaysiaGelita [dalam Bahasa Inggeris, 1BlackMalaysia] yang menuntut agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan dan diadakan pilihan raya kecil. Justeru, seiring dengan kempen tersebut, Bersih menyeru seluruh rakyat berpakaian hitam pada Mei 7 semasa DUN Perak diadakan.
Pada hari tersebut, seramai 126 orang termasuk wakil-wakil rakyat ditangkap di Ipoh. Kebanyakan mereka berpakaian hitam. Menurut beberapa video klip yang diambil, ada seorang warga Ipoh yang beriadah setiap pagi juga ditahan bersama yang lainnya, hanya kerana dia berpakaian hitam. Orang tersebut kelihatan terpinga-pinga apabila ditangkap anggota polis yang berpakaian preman.
Pada Mei 7 juga, sekotak baju hitam peniaga yang berniaga di luar masjid di Ipoh dirampas dan penjualnya ditangkap. Sebanyak lebih kurang 170 helai pakaian ‘ditahan’ sebagai bahan bukti.
Keadaan lebih runcing apabila belasan orang ditahan polis baru-baru ini kerana mengadakan acara menyala lilin dan berpakaian hitam di Brickfields, Kuala Lumpur dan di tempat-tempat lain. Pihak polis telah mereman selama tiga hari 16 orang yang ditangkap pada malam Khamis di Teratai, Selangor manakala Adun Teratai, seorang wanita, diminta menanggalkan pakaian hitamnya lalu memakai pakaian seragam lokap.
Pakaian Putih
Pada Mac 7 lalu, juga pernah diadakan tangkapan besar-besaran seramai 124 orang kerana berpakaian putih semasa menghantar memorandum ke Yang Di-Pertuan Agong menuntut pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Di baju-T putih mereka tertera simbol anti-PPSMI dan yang lainnya ‘152’ menandakan hak rakyat mengenai bahasa kebangsaan mengikut nombor Artikel Perlembagaan Persekutuan.
Pada waktu itu juga, seramai sekurang-kurangnya 4,000 menyaksikan pihak polis meleraikan perarakan yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dengan menembak gas pemedih mata.
Pakaian Merah
Pada Julai 6, 2007 Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengadakan perhimpunan besar-besaran menuntut harga bahan bakar turun. Mereka melancarkan merah sebagai warna rasmi dalam kempen bantahan mereka. Selepas perundingan dijalankan, akhirnya mereka dan pihak polis bersetuju untuk perhimpunan itu diadakan di Stadium Kelana Jaya, Selangor.
Salah satu publisiti yang diadakan sebelum ke tarikh Julai 6, 2008 Geramm menganjurkan program yang berjalan secara aman (Peace Walk) pada Jun 28 dan diakhiri dengan penangkapan dua orang peserta berhampiran komplek membeli-belah Sogo di ibu negara. Mereka dan kesemua yang menyertai perarakan itu berpakaian merah.
Pakaian Jingga
Pertubuhan Tindakan Hak-hak Hindu (Hindraf) melancarkan jingga sebagai warna rasmi pergerakan tersebut. Jingga menjadi ketakutan kerajaan sehingga kerajaan terpaksa memutuskan untuk mengharamkan pertubuhan tersebut.
Pakaian Kuning
Pada November 10, 2007 perarakan bersejarah yang bermatlamat menuntut pilihan raya bersih dan adil memperlihatkan pusat bandaraya Kuala Lumpur dibanjiri dengan kuning.
Perhimpunan massa itu mensasarkan untuk mengumpul seramai 100,000 orang tetapi malangnya, banyak bas-bas yang ditahan sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan polis merampas baju-T kuning.
Sungguhpun pemandu tidak berpakaian kuning tetapi ada kereta menuju ke KL yang digeledah bagi mencari pakaian kuning!
Di beberapa tempat, misalnya Masjid Jamek, polis bertindak ganas dengan menembak gas pemedih mata. Di Pasar Budaya, polis mengarahkan kompleks tersebut ditutup bagi menghalang ‘orang kuning’ dapat berlindung dan berhimpun. Di Masjid Negara, mereka dikepung dengan kawalan pihak polis yang ketat.
Kuning dipilih kerana salah satu tuntutannya ialah untuk media adil. Tuntutan lain Bersih ialah pembersihan senarai pemilih, pemansuhan undi pos kepada anggota polis dan tentera, penggunaan dakwat kekal dan tempoh kempen yang berpatutan.
Keadaan pada waktu itu sungguh tertekan sehinggakan seorang mangsa Aleyasak Hamid Ali Hassan tergelincir dan jatuh tertiarap di atas laluan pejalan kaki. Dia diterpa polis yang tidak berpakaian seragam dan salah seorang anggota polis tersebut memijak lutut kaki Aleyasak yang sedang terlipat sehinggalah pecak lututnya pecah dengan bunyi ‘pop’.
Sungguhpun Aleyasak merayu dengan mengatakan bahawa dia tidak terlibat dengan perhimpunan dan hanya menjual pisang goreng, polis mengheretnya ke trak. Dia kemudiannya menyaman pihak polis dan kesnya masih dalam perbicaraan.
Jadi, dengan insiden-insiden tersebut menyebabkan kita belajar untuk peka berpakaian demi keselamatan. Bagi mereka yang menganjurkan, sesuatu warna itu menjadi suara. Akan tetapi kepada segelintir orangramai, pakaian mungkin kini menjadi fobia.
Tidak mustahil kepada orang kebanyakan untuk berasa takut untuk berpakaian dan terpaksa melihat akhbar (sungguhpun tidak melaporkan berita sebenar) tentang acara-acara yang dijalankan.
Ada juga yang takut berpakaian batik pada hari Khamis kerana takut dicapkan sebagai kakitangan kerajaan yang terkenal dengan perkhidmatan lembab.* Dan ada juga yang mungkin takut berpakaian biru muda dengan lajur merah [warna bendera Mongolia] kerana takut tidak dapat mendapat projek kerajaan Persekutuan.
Tidak berpakaian?
Akan tetapi sekiranya seseorang itu bercadang untuk tidak berpakaian, mereka harus berfikir banyak kali.
Penyanyi Faizal Tahir pernah membuka bajunya serta menampakkan dadanya yang dicat huruf ‘S’ warna merah ketika membuat persembahan konsert yang disiarkan secara langsung di televisyen. Dia selepas itu digam untuk seketika oleh beberapa syarikat penyiaran di bawah Media Prima, dan juga oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Sekumpulan yang menggelar diri mereka Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) pula ada berhasrat untuk berbogel di hadapan pintu bangunan SUK Selangor tetapi dibantah Majlis Agama, dan akhirnya mereka akur menggugurkan niat mereka itu.
Fobia berpakaian warna salah akan merasuk kepada lebih ramai rakyat marhaen sekiranya amalan demokrasi untuk berpakaian dihalang polis dan tindakan pihak-pihak berkuasa ini tidak dibendung.
sumber - sabahdaily