Terbaru di Aku Budak Balun!
-
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
Harakahdaily
Fri | May 15, 09 | 2:13:05 pm MYT
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa seorang pelajar berusia 21 tahun menjadi mangsa pertama dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi di negara ini.
"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican yang dipetik daripada laman web.
"Ini merupakan kes yang pertama influenza A (H1N1) dikesan diMalaysia."
Pelajar itu, dipercayai dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.
"Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.
Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarga beliau dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.
Kementerian juga meminta semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut supaya menghubungi talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk tindakan susulan.
Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut: batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.
Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi tujuan siasatan dan pemerhatian.
PASZBB
Islam kata babi tak boleh makan, diburuknya Islam.
cakap Islam dah bagi larangan tersasar.
nak buktikan jugak babi tu banyak guna.
duk perguna macam2 dari hujung hidung sampai la ke ekor kerintingnya.
taruk dalam makanan...
dalam ayam
dalam susu baby
dalam perfume
dalam make up
dalam ais krim
dalam biskut
dalam yogurt
boleh kata semua makanan di taruknya
sampaikan berus cat, berus make up & segala mcm beruslg di amik dari bulu babi utan
orang Islam pun sedap sgt la duk makan makanan & guna brg dr binatang tu
itu yg macam2 penyakit dtg skrg ni.
ramai lagi yg tak sodar benda ni
duk santap jugak hari2
mana taknya, negara lain yg tak bela babi selsema tu masuk apatah lagi negara kita yg ada penternakan babi besar-besaran ni.
Ya Allah, selamatkan hamba-hambaMu ini.
awisyradda
No comments:
Post a Comment