Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Tuesday, May 19, 2009

Selcat syor gantung Khir Toyo setahun


sumber - malaysiakini

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor mendapati bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bersalah kerana tidak menghadiri siasatan awam Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.

Jawatankuasa itu - di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

koran itu, Dr Mohd Khir yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor digantung selama setahun daripada menghdiri sidang DUN kerana gagal menghadiri siasatan awam tersebut, dan digantung masing-masing enam bulan bagi setiap tuduhan tersebut, menurut the Star.

Kesemua elaun dan keistimewaan yang diterima Dr Mohd Khir Toyo sebagai seorang ADUN, juga digantung.

Bagaimanapun, Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim berkata, hukuman tersebut merupakan syor yang dibuat oleh Selcat.

Syor tersebut, katanya, akan dibentang di sidang DUN Julai depan untuk dibahas dan setiap wakil rakyat termasuk Dr Mohd Khir akan diberi peluang membahaskannya.

PASZBB
Apa lagi Dr. Khir?? inilah masa yang ditunggu-tunggu? Pakat-pakat la heret Speaker Dun Selangor keluar dewan macam Zambri buat kat Perak tuh! Apa ada hal? Polis ada.. Bentara ada.. FRU ada.. leh bagi bantuan bila-bila masa!! Silap-silap leh jadi MB balik!
Kesilapan Dr. adalah apabila 'underestimate' apa yang Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Tan Sri Khalid boleh buat. Lain kali kena la pastikan yang ekor kita bersih sebelum dok kecoh ekor orang yang kita sendiri tak pasti kekotorannya!

No comments:

Related Posts with Thumbnails