sumber - utusan meloya
KOTA KINABALU 19 Mei – Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihan raya kecil di Penanti pada 31 Mei ini bukan kerana takut kalah, tetapi protes terhadap pembangkang yang memperalatkan sistem demokrasi di negara ini.
Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, tidak timbul soal gentar kerana jika BN meletak calon di Penanti, tindakan itu menunjukkan BN menyokong pembangkang dalam memperlekeh demokrasi.
“Kita tidak perlu bertanding, ini (pilihan raya) agenda pembangkang, ini protes kita terhadap pembangkang yang hanya memainkan sistem demokrasi dengan cara mengadakan pilihan raya.
“Adalah lebih bermaruah untuk tidak bertanding kerana saya rasa kita mempertahankan maruah kita dengan tidak ambil bahagian dalam pilihan raya kecil yang memperlekeh institusi demokrasi,” katanya.
PASZBB
Biasanya, UMNO-BN memang tak akan lepaskan peluang kalau ada pilihanraya kecik atau besor! Inilah masanya untuk membuktikan sesuatu seperti 'test market' indeks sokongan rakyat kepada sesuatu parti. Ikut hukum alamnya memang fitrah manusia yang suka bertanding tambahan pula kelihatan SPR memang ikut segala telunjuknya. Nampaknya UMNO-BN semakin kehilangan fitrah! Sebut pilihanraya sahaja terus seriau, tegak bulu roma dan bulu kaki, seram sejuk tengkuk dan leher. Seolah-olah untuk berhadapan dengan rakyat adalah suatu kepayahan dan kesesakan!
Jika dahulu, PAS tidak mahu bertanding pilihanraya kecil sebab tak puas hati dengan ketelusan SPR, kini UMNO-BN tidak mahu bertanding sebab tak nak bazir duit! heran juga sebab sepatutnya orang yang banyak duit yang tak takut pasal duit, ini orang yang takde duit pulak yang berani! Jelas UMNO-BN semakin kehilangan fitrah!
No comments:
Post a Comment