sumber - politik banjar
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah bersetuju untuk menerima menghadap Menteri Besar Perak yang sah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. The Malaysian Insider melaporkan Mohammad Nizar akan menghadap Raja Dr. Nazrin pada 8.30 pagi Selasa bagi memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekaligus memberi laluan kepada pilihanraya kecil negeri diadakan.
Perkara ini disahkan oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Adun Sungkai S.A. Sivanesan.
"Saya baru bercakap dengan Nizar dan beliau mengesahkan akan menghadap Raja Dr. Nazrin pada 8.30 pagi esok (Selasa)", kata Sivanesan kepada The Malaysian Insider.
moderatorSemoga kali ini Istana Perak tidak lagi salah membuat keputusan. hakikatnya bukanlah Pakatan Rakyat terlalu yakin akan memenangi pilihanraya negeri terutama apabila memikirkan akan betapa biasnya SPR, tetapi ini sahajalah langkah terbaik untuk mengembalikan kestabilan politik di negeri 'Deghoyan' ini.. Buat rakyat/pengundi-pengundi di negeri teman ni, inilah peluang yang datang sekali lagi untuk kita memilih kerajaan yang benar-benar serius mahu memenuhi keperluan kita, bukan kerajaan yang hanya pandai membuat retorik dan slogan 'indah' tetapi hakikatnya sekadar pembohongan!
Kebiadapan dan keangkuhan BN Perak yang diketuai oleh Najib dan Zambri telah jelas terlihat sepanjang 96 hari kerajaan kudeta BN menguasai pusat pentadbiran negeri dengan cara hina dan jijik!
Semoga Allah SWT terus mengurniakan bantuan dan rahmat buat kita semua dalam memerangi secara demokrasi puak-puak UMNO Barisan Nasional ini!
Takbir!! Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment