kemaskini 3.57pm Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.
Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.
Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.
Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.
PASZBBTiba-tiba jiwa rasa kosong.. namun Alhamdulillah.. inilah dia bukti bahawa Allah SWT itu Maha berkuasa! Dan ujian yang sebenar belum lagi bermula! Sebagai mereka yang mengaku sebagai pejuang Islam, WAJIB bagi kita bersangka baik dengan apa yang ditentukan oleh tuan empunya alam,Allah SWT. Ayuh!! semua pejuang kebenaran! kita mulakan langkah semula! teruskan momentum kebangkitan Islam dan rakyat ini! jangan sekali-kali hentikannya! jangan sekali-kali khianatinya! Inilah amanah rakyat yang mahukan perubahan! Inilah amanah rakyat yang mahukan kebenaran! dan yang paling penting, inilah amanah Allah SWT iaitu menegakkan Islam hingga ke mercunya!!
1 comment:
Ayuh kita bangkit dari kesedihan, bangun untuk berjuang semula. Kata pujangga, dari satu kesusahan terbit 2 kemudahan. InsyaALLAH kejayaan hampir tiba.
Post a Comment