Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Monday, May 25, 2009

UMNO-BN zalim terhadap rakyat Dun Penanti!


Semalam sebelum keluar rumah untuk ke Markaz, teman ‘tertengok’ berita 8 malam di TV(tak pasti TV3 atau RTM) berkaitan suasana berkempen di Dun Penanti.

Siap tunjukkan rakaman calon bebas yang berketurunan siam tu awal pagi masuk ke pasar, bertemu dengan orang ramai di sana, dikawasan pekan, di rumah-rumah..

Yang teman heran, langsung tak tunjuk pulak calon PKR berkempen??? Kalau selalunya bila calon BN berkempen memang jangan cerite lee.. calon BN masuk tandas pun mau disiarnya kat TV! ‘Inilah calon yang menjaga kebersihan dan kesihatan!!!”


Inilah dia media pengampu! Nampak sangat mengikut segala telunjuk UMNO-BN, malangnya puak-puak ni mengaku sebagai telus dan adil!

Cait!!! Piirrraaa mabuk!

Dalam keadaan UMNO-BN tak bertanding pun masih mengekalkan status ‘balaci/macai’ mereka terhadap UMNO-BN!!!


Apa la salahnya ambil kesempatan UMNO-BN ni tak bertanding untuk siarkan kempen kesemua calon?

Kalau selalunya ada calon UMNO-BN, akan disiarkanlah seolah-olah hanya calon mereka lah yang layak menang,layak menjadi wakil rakyat! UMNO-BN ini ma’sum! Langsung takde cacat-celanya, calon PR teruk! Banyak makan belacan! PR rasuah! Salahguna wang rakyat! Hanya pandai fitnah,maki, mencarut dan macam-macam lagi laa!!


Kali ni di Dun Penanti? Macam mana pulak? Bermakna tiada lagi calon yang terbaik? Sebab tiada calon UMNO-BN??

Jadi mana peluang rakyat Dun Penanti nak memilih calon yang terbaik? Nampaknya UMNO-BN telah berlaku zalim dan tidak adil terhadap rakyat di Dun Penanti!

UMNO..UMNO..


makin lama makin pecah tembelang kamu..

makin lama makin jelas temberang kamu..

makin lama makin dekat kamu dengan kehancuran..

makin lama makin jauh rakyat dari kamu..

makin lama makin benci Cina dan India dengan kamu..

makin lama makin ramai melayu yang menolak kamu!


sunsnake

No comments:

Related Posts with Thumbnails