Isu komunis yang tiba-tiba muncul disaat Malaysia masih lagi bergolak dengan suasana tegang politik,jenayah dan ekonomi ini amat memelikkan. Angin tak ada, ribut tak ada tiba-tiba hujan!
Dan apabila bercakap isu komunis, maka secara langsung ini akan menyingkap segala isu-isu perkauman di Malaysia ini. Teman sebenarnya bukanlah orang yang arif berkenaan sejarah, hatta sejarah masa SPM pun 'ngam-ngam ho' aje..
tetapi pada teman kalau nak dikaji sebermulanya isu ini bertiup ialah apabila apa pemimpin Gerakan Pulau Pinang yang ntah dari mana dapat ilham, mencadangkan Chin Peng dimaafkan dan dibenarkan pulang ke Malaysia. Parti Gerakan itu sendiri telah menunjukkan bahawa ini adalah masalah dalam Barisan Nasional! Selama hampir 50 tahun lebih UMNO mengetuai Kerajaan Malaysia, sampai sekarang mereka gagal memahamkan kepada rakan-rakan bukan melayu mereka akan betapa sensitifnya isu seperti komunis ini.
Hasilnya, hari ini lidah rasmi UMNO iaitu Berita Harian & Utusan Malaysia menyiarkan berita-berita seolah-olah pembangkang bersetuju sangat dengan pengampunan kepada Chin Peng ini! Dikeluarkan semua cerita-cerita pasal komunis, mangsa-mangsa kekejaman komunis, pahit-getir orang melayu berhadapan dengan komunis! dan betapa jahatnya cina-cina yang menyertai komunis kerana hendak menentang Jepun yang telah menjajah China diwaktu itu!
Sebenarnya, isu ini seperti isu-isu sebelum ini, hanya untuk mengalih perhatian rakyat Malaysia sahaja. Tidak ada apa-apa yang harus dibimbangkan. Teman yakin, rakyat Malaysia yang berfikiran waras dan bersih amat faham akan kekejaman komunis, amat sedih dan simpati dengan mangsa-mangsa kekejaman komunis terutama orang-orang melayu! dan cina-cina yang ada sekarang ini pun tak gila nak tubuhkan semula gerakan komunisme!
Sedangkan hakikatnya, UMNO-Barisan Nasional lah yang sedang mangamalkan ajaran komunis! walaupun boleh dikatakan 'soft' komunis! Lihatlah sebermula Malaysia ini ditadbir oleh PM baru, dah berapa lori orang kena tangkap! dah berapa banyak akhbar yang di'haram'? dah berapa banyak pimpinan pambangkang yang ditahan? Dah berapa banyak peguam-peguam yang dilokap? dah berapa banyak duit habis(baca-duit rakyat) untuk disalurkan kepada Polis untuk membuat kerja-kerja yang membazir seperti memantau aktiviti pembangkang khasnya?
Setiap perhimpunan pembangkang diistilah sebagai haram! walaupun terbukti aman? Setiap ruang maklumat rakyat kalau boleh mahu disekat! Di Ipoh, seolah-olah darurat dibuatnya walhal hanya berlaku Sidang Dewan Undangan Ngeri!
Akta ISA itu sendiri boleh diistilah sebagai komunis!!
Peringatan teman buat pimpinan PR, sudah-sudahlah layan 'permainan' UMNO-Barisan Nasional ini. Mereka sebenarnya sedang cuba untuk meniupkan api perkauman kembali. Hanya itulah sahaja antara talian hayat mereka yang tinggal! bagi UMNO(melayu), MCA(cina) dan MIC(India) hanya dengan semangat perkauman sahaja yang mampu mengembalikan kuasa mereka yang semakin hilang! Hanya dengan perselisihan antara kaum sahaja yang akan menguntungkan mereka! Atau lebih tepat pimpinan mereka! Di hadapan rakyat jelata, mereka mengungkit-ngungkit sentimen perkauman dihadapan kaum masing-masing, yang sebenarnya untung adalah Pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC! Apabila mereka bersama dengan sesama mereka, hanyalah agihan keuntungan yang diperagih-agihkan! UMNO akan agihkan sesama pemimpin mereka, MCA agihkan sesama pemimpin mereka dan MIC jangan ceritalah! tanya dan lihatlah kehidupan Samy Vellu!
Kepada rakyat Malaysia, marilah kita teruskan langkah yang semakin hampir kepada kejayaan ini, jangan lagi hanyut dengan sentimen perkauman yang hanya menguntungkan pemimpin-pemimpin UMNO,MCA dan MIC ini lagi! cukuplah selama ini, sejak merdeka rakyat Malaysia diperbodoh-bodohkan oleh golongan 'terhormat' yang menerima kemerdekaan tanpa setitis darah pun mengalir daripada pemimpin-pemimpin mereka! Sedangkan pihak-pihak yang sanggup mati menuntut kemerdekaan Tanah Melayu telah di'hilang'kan dari lipatan sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan. Sejarah kemerdekaan pada mereka hanya bermula apabila Tunku Abdul Rahman pergi ke London untut menuntut kemerdekaan sedangkan perjuangan yang sebenarnya jauh lebih lama dari itu!
Sebagai Islam walaupun pernah suatu ketika agak berat dengan penerimaan bukan melayu sebagai rakyat Malaysia, namun yakin dengan ketentuan Allah SWT. Inilah peluang untuk kita membuktikan akan keadilan Islam kepada semua kaum di Malaysia tak kira melayu,cina,india sikh atau apa sahaja bangsa telah ditakdirkan Allah SWT menjadi rakyat yang sah di bumi bertuah ini! Alangkah Indah dan Berkatnya Malaysia ini, apabila Sistem Perundangan Islam secara syumul diterima oleh semua rakyat sebagai undang-undang Persekutuan, bukan undang-undang yang di'saka'kan oleh penjajah!
sunsnake
No comments:
Post a Comment