Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, May 19, 2009

Timbalan presiden: Azizan tarik diri

sumber - malaysiakini

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menarik diri daripada merebut jawatan timbalan presiden PAS pada muktamar agung parti itu bulan depan.

azizan abdul razakPesuruhjaya Pas Kedah itu berkata keputusannya disebabkan beliau mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azizan berkata beliau akan bertanding mempertahankan jawatan anggota jawatankuasa kerja pusat yang disandangnya sejak lebih 10 tahun, lapor Bernama.

"Saya telah lama dalam parti dan jika ada orang lain yang lebih layak dan lebih muda, berilah peluang kepada mereka untuk memimpin PAS di peringkat nasional", katanya.

PASZBB
Setuju benar dengan tindakan Ustaz Azizan ini, sebagai 'orang lama' dalam parti dan penuh pengalaman, pastinya beliau tahu apa yang terbaik diwaktu ini untuk kepentingan rakyat,parti dan dirinya. InsyaAllah, inilah antara contoh terbaik buat generasi muda PAS.

No comments:

Related Posts with Thumbnails