Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Thursday, May 21, 2009

Melayu perlu bersatu?





Salam,
Kadang-kadang terpikir gak dalam kepala otak teman yang daif ini, mungkinkah UMNO dan PAS bersatu? Selama ini melayu UMNO dan melayu yang tidak berparti sering mempersoalkan akan masa depan bangsa melayu Malaysia yang ‘konon’nya di dalam bahaya! Lebih-lebih lagi setelah BN yang diterajui oleh UMNO mengalami kekalahan yang paling teruk dalam sejarahnya di PRU12.

Pada teman, antara UMNO dan PAS ada persamaan yang paling hebat iaitu Islam. Inilah sebenarnya titik pertemuan UMNO & PAS. Inilah sebenarnya yang boleh menyatukan antara 2 parti melayu terbesar di Malaysia ini dan UMNO perlu merombak perlembagaan parti mereka akan selari dengan tuntutan Islam yang berlandaskan Al-Quran, bukan rekaan manusia seperti sekarang ini.
Jika kita lihat balik sejarah kemerdekaan negara-negara ASEAN ini, negara-negara barat yang menjajah boleh diibaratkan sebagai tuan punya ‘Saka’ atau Hantu Raya yang bakal mati! Jadi sebelum mereka mati, pastilah mereka terpaksa mencari-cari calon yang sesuai untuk menyambung dan membela ‘Saka’ atau ‘Hantu Raya’ mereka. Dan sudah pastilah mereka akan memilih calon yang sesuai dan senada dengan aliran penjajah ini tadi.

Sebelum Belanda meninggalkan Indonesia, sebelum Portugis meninggalkan Filipina, sebelum Britain meninggalkan Malaysia, penjajah-penjajah ini telah memilih ‘waris’ masing-masing untuk mengekalkan ‘Saka’ mereka tadi.
Di Malaysia, ‘Saka’ ini telah diserahkan kepada UMNO yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman setelah mengharamkan calon-calon lain yang dilihat tidak mahu meneruskan ‘Saka’ British di Malaysia. Calon-calon ini telah diharamkan, pemimpin-pemimpin mereka telah dipenjara, di’ISA’kan,dibuang daerah malah ada yang dibunuh! Pastinya ‘Saka’ itu sangat memusuhi Islam. Walaupun pewaris ‘Saka’ yang dipiliah kelihatan Islamik, tetapi hakikatnya mereka menjadikan ‘Islamik’ mereka itu hanya untuk menarik perhatian orang Melayu. Antara perkara yang paling lunak diwariskan oleh penjajah ini adalah ‘Demokrasi’!.

Dengan demokrasi inilah waris penjajah ini mengekalkan kuasa mereka. Selama hampir 50 tahun mereka mengekalkan kuasa melalui demokrasi-pilihanraya dan selama itulah penjajah ‘senang hati’ melihat ‘Saka’ mereka dikekalkan oleh waris ini.
Kini, ‘Saka’ itu semakin kepanasan akibat tekanan yang timbul kerana demokrasi yang senantiasa menyebelahi mereka semakin jauh dan mula menyerang mereka. Disebabkan itu di dalam isu Perak, waris-waris ini telah terbang ke Britain untuk meminta nasihat bagaimana untuk menangani masalah ‘warisan’ mereka itu!

Didalam semua masalah ini, melayu adalah kaum yang paling banyak memainkan peranan dan mengambil bahagian baik sebagai ‘pewaris’ mahupun calon-calon yang tidak dipilih tadi. Sebab itu kita dapat lihat dalam isu Perak, melayulah yang paling sibuk baik sebagai pembela mahupun sebagai perampas! Cina dan India sekadar minoriti dalam isu-isu ini. Disinilah mula terpikir penulis betapa pentingnya melayu bersatu!
Dan tidak ada penyatuan yang terbaik selain daripada Islam. Islam yang akan bukan sahaja menyatukan Melayu, malah akan menyatukan India,Cina dan semua bangsa di Malaysia ini! Seperti kata Tuan Guru Nik Aziz, sekiranya kita berjuang kerana melayu, kita akan zalim kepada bangsa lain kerana mustahil cina dan india boleh menjadi melayu, tetapi jika kita berjuang kerana Islam, cina dan india juga berpeluang untuk menjadi muslim dengan menganuti Islam!

Buat melayu UMNO, inilah masa yang terbaik dan terpenting untuk kembali muhasabah apakah sebenarnya yang dimahukan oleh UMNO? Lebih 50 tahun memperjuangkan bangsa melayu, apakah hasilnya? Adakah melayu semakin berjaya? Atau semakin banyak sebenarnya hak melayu yang di’hilang’kan? Alangkah indahnya jika sejak dahulu lagi UMNO memperjuangkan Islam sebagai Perlembagaan negara! Tapi, mustahil mereka yang mewarisi ‘saka’ tersebut sekiranya mereka bersetuju dengan Islam?

sunsnake 21 May 2009

4 comments:

bakawali2A said...

Salam,

Nak bersatu atas nama melayu takkan kekal bertahan, sebab kebangsaan itu idealisma ciptaan akal yang tidak dibimbing oleh syariat. Bersatu, biarlah atas nama Islam dan patuh pada segala syariat yang digariskan dalam agama. Bersatu dalam menerima hukum Allah, termasuk hukum yang lima (wajib, haram, sunat, makruh dan harus). Kalau dalam satu organisasi pun, ada ahli yang menerima sesuatu itu sebagai haram (contohnya rokok) tapi ada yang menerima sebagai makruh, maka ini belum bersatu hakiki dari segi Islam.

Berusahalah agar sama2 dapat menerima semua ketetapan Allah.

Anonymous said...

itu la kita dah agak dulu ,kalau PAS tak joint dengan DAP dan PKR serta buang atau tapis setan2 dalam PAS masa PRU 12 dulu rasa2 PAS ni bolih memerintah malaysia ,bukan aja negeri tapi sampai peringkat pusat . berapa banyak undi UMNO lari ke parti lain . tapi PAS nak joint juga dlm PR ,nak berkawan dgn setan . melayu pun tak tau nak pangkah mana .

Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit Beruntung said...

hmmm.. kalau PAS berkawan dengan setan, UMNO berkawan dengan siapa?? MCA malaikat? MIC ulama'?

DAP dulu tak setuju dengan Islam hukumnya tak berdosa sebab dia dah memang kafir! tapi UMNO tolak Islam?? hukumnya? sendiri pikir laa..

Siapa kata PAS boleh memerintah Malaysia? kecik sangat kebarangkalian UMNO nak memangkah PAS sebab calon-calon PAS majoritinya akan bertanding menentang UMNO!

freelance said...

Tertarik pulak rasanya untuk melontarkan sedikit komentar dalam isu yang cuba dibawa oleh hamba ALLAH sunsnake. Mungkin apa yang boleh disimpulkan dari topik ini adalah sedikit kegusaran dihati penulis terhadap bibit gejala perpecahan umat melayu di perak kesan daripada pemerintahan kerajaan kudeta pada hari ini. Dari kegusaran hati tersebut, maka timbul persoalan betul ke malayu berpecah?kalau betul, adakah boleh kembali bersatu?

Melayu pada hakikatnya adalah satu, dari satu rumpun yang sama, dari satu kepulauan yang sama. Satu bangsa yang mementingkan nilai budi bahasa dan tutur kata yang lemah lembut. Generasi melayu hari ini, selepas melalui proses urbanisasi yang tidak terkawal melahirkan generasi yang pelbagai ideologi dan kefahaman, hilang sifat rendah diri dan budi bahasa. Demi kuasa, melayu kini sanggup menikam dan mempergunakan bangsa sendiri asalkan tercapai hajat yang diidamkan.

Antara PAS dan UMNO, jambatan penghubung adalah bangsa tapi benteng penghalang adalah agama. Mana bisa PAS mengorbankan prinsip perjuangannya demi agama, kerana itu adalah tunjang parti. Kalau dulu PAS sanggup jadi pembangkang demi agama, mana mungkin demi bangsa semata-mata harus dikorbankan prinsip yang dijunjung. UMNO seperti yang telah diketahui mewarisi 'saka' penjajah pula, terus lantang mempertahankan warisan tersebut. Walaupun semakin hari, semakin kuat 'saka' cuba memakan tuan empunya, timbul persoalan adakah UMNO cuba mempertahankan 'saka' untuk terus berkuasa atau mengenepikan ego membuang 'saka' untuk membela bangsa bersama dengan PAS. UMNO terlupa, cuba menyatu melayu dengan 'saka' umpama memadam api dengan minyak. Walaupun minyak bersifat cecair seperti tapi hakikatnya ia tidak mampu membantu malah memburukkan lagi keadaan.

Titik pertemuan antara PAS dan UMNO adalah satu, tiada dua, tiada tiga. Hanya agama yang boleh menyelesaikan segalannya. UMNO boleh terus membela agama dan bangsa walaupun tanpa 'saka' yang diwarisi. Korbankan sedikit ego UMNO untuk memperbetulkan semula hasil tangan pemerintahan 'tangan-tangan saka'. Bersihkan minda-minda anak melayu, bahawa pemerintahan yang berpaksikan agama ALLAH adalah yang terbaik. UMNO harus bertanggungjawab sepenuhnya diatas segala apa yang berlaku pada hari ini, sebab UMNO melayu berpecah.

UMNO kini umpama seutas tali yang amat tegang, hanya tunggu masa dan ketika untuk putus. Wahai pejuang UMNO..buang 'saka' anda..baru betul pembela agama.

Related Posts with Thumbnails