Teman pada mulanya rasa berat nak joint unit amal untuk bertugas di program Ceramah Perdana di Stadium Melawati sabtu tu. Keletihan dengan jadual yang agak padat sepanjang minggu telah ‘melemahkan’ semangat teman untuk pergi, namun selepas hantar sms kepada Ketua Unit Amal Hulu Selangor pada petang Jumaat(15.5.09), teman terus rasa tak sedap hati. Akhirnya lepas Zohor Sabtu(16.5.09) teman call Ketua Unit Amal bagitau dia teman nak ikut jugak ke
4.00 petang
Ketua dah sampai rumah teman!, selepas ambil seorang lagi sahabat mencukupkan bilangan kami 4 orang, terus bergerak ke Stadium. Sampai disana kami terus menunaikan Solat Asar berjemaah di surau dalam stadium. Boleh tahan gak panasnya sebab air-cond tak berfungsi langsung! Selepas solat ada mesyuarat tertutup ketua-ketua unit amal so, teman dengan 2 lagi sahabat ambil keputusan untuk pergi melihat persiapan di dalam stadium, kot-kot boleh tolong apa yang patut! Kelihatan geng-geng technical sedang sibuk dengan kamera video,speaker dan macam-macam lagi peralatan yang pastinya teman tak tahu apabendanya! Kami pun duduk di level 2 sambil melihat-lihat kumpulan Nisa’ sedang buat persiapan untuk bertugas malam itu. Boleh jugak tengok-tengok kot-kot dapat calon untuk bukak cawangan ke dua! Hehehe
Selepas membantu Nisa’ menggantung banner, kami pergi meronda di kawasan gerai pulak. Disini para peniaga sibuk membuat persiapan dan kami terus menuju ke parking kereta berhampiran tandas awam dimana kelihatan sekumpulan Unit Amal sedang berkumpul. Rupanya mereka dari Kota Raja, menunggu ketua mereka habis mesyuarat sama seperti kami. Setelah ketua-ketua habis bermesyuarat sekitar jam 7 malam, sedikit taklimat diberikan untuk pembahagian tugasan ahli. Kami ditugaskan untuk memantau didalam stadium manakala sebahagian lagi bertugas di kawasan parking.
7.30 malam
Kedatangan telah mulai ramai dengan kenderaan berpusu-pusu masuk mencari parking. Kebetulan malam yang sama di Stadium Shah Alam berlangsung perlawanan Selangor vs Perlis, jadi nampak gayanya memang sesak la parking malam nih! Teman diberitahu malam ini pun ada Final AF, laa ye ke?? Punya la tak ambil tahu pasal Akademi Maksiat tuh sampai dah final rupanya?? Elok pun! Idak makin sesat orang melayu!! Itu lagi bahaya daripada DAP! Huh!
8.00 malam
Rakyat mula menunjukkan taringnya! Stadium semakin dipenuhi oleh manusia.
8.15 malam
Seorang pemuda berserban menaiki pentas dan memulakan alunan zikir munajat yang amat syahdu.. bergetar rasa dada.. diikuti dengan lagu-lagu nasyid yang memecah kehingaran stadium. Kelihatan 2-3 kumpulan cina dan
8.30 malam
Azan Isya’ berkumandang dan dihadapan ratusan kaum
Selepas Solat Isya’ dapat dilihat Stadium semakin dipenuhi orang ramai, sesekali kelihatan sahabat-sahabat dari PAS Zon Bukit Beruntung! Dengar cerita dari Bukit Sentosa 2 siap sewa bas lagi!! Allahuakbar!!
Ya Allah!! Yang dari Sg. Tengi pun ada! Hebat! Jauh tu… sisip-sisip SB pun ada gakk.. heheheh
Apa yang menarik pada teman ialah kehadiran pelbagai etnik dan jenis manusia ke stadium. Kaum cina walaupun sedikit tetapi keberanian mereka untuk hadir cukup untuk menggambarkan mereka juga mahu turut sama didalam angin perubahan politik
Stadium dijangka akan dipenuhi pula oleh penyokong-penyokong bolasepak yang akan keluar dari stadium Shah Alam dan masuk ke Stadium Melawati untuk mendengar ceramah pada jam 10.30 malam.Memang ngam-ngam la time Nizar nak bagi ceramah!
9.30 malam
Penceramah pertama, Pengarah Pilihanraya Selangor memulakan ucapan.. tika ini semua ahli unit amal diminta hadir ke surau untuk taklimat kutipan derma jihad.
So, teman ter’miss’ ketibaan Dato Seri Nizar ke stadium! Dengor cite hebat!
Sekembalinya teman ke tengah stadium, YB Ronnie Liew sedang berceramah. Agak bersemangat beliau malam ni! Diikuti oleh Dato’ Dr. Hassan Ali selaku Pesuruhjaya PAS Selangor. Dengan
(Kutipan pada malam itu menjangkau ke angka RM26 ribu lebih!). Semua bersemangat menghulurkan sumbangan sampaikan teman terkejar-kejar membawa uncang!
Alhamdulillah, dengan bantuan Nisa’ proses kutipan derma berjalan dengan sangat lancar.
Selepas ceramah daripada Ustaz Nasharuddin selaku Timbalan Presiden PAS, hadirin dipaparkan dengan klip video “Peristiwa Sidang Dun Perak” yang dilayarkan di papan layar sebelah kiri dan kanan pentas utama. Suasana didalam stadium senyap seketika. Semua mata tertumpu di skrin-skrin tersebut. Daripada belakang dapat ana lihat ramai yang menggeleng-gelengkan kepala. Kelihatan ramai juga yang mengalirkan air mata!!!
11.15 malam
Akhirnya tiba giliran yang ditunggu-tunggu, Dato’ Seri Nizar Jamalludin memulakan ucapan. Dimulakan dengan Surah An-Nasr, ucapan yang agak perlahan dan bersahaja. Beliau menceritakan secara jelas, bermulanya peristiwa rampasan kuasa oleh kerajaan kudeta Zambri “mugabe’ dan kehilangan adun-adun katak yang disorok oleh Najib! Sesekali beliau selitkan dengan jenaka yang benar-benar mencuit hati yang berkaitan dengan tingkah-laku UMNO-Barisan Nasional dalam usaha mereka merampas kuasa daripada kerajaan rakyat!
Belum sempat habis ceramah beliau, teman dah menyusur keluar dari stadium untuk meninjau situasi di luar. Teman disapa oleh beberapa ahli unit amal dengan pertanyaan “ada nampak orangnya?” ‘siapa??” teman soal balik. “tadi ada mamat sebar risalah!”.. teman yang dok termanggu tak berapa memahami apa sebenarnya berlaku. InsyaAllah, biarlah mereka usahakan, teman dah lapar sangat nih! Baru teman teringat, sejak jam 4.00 petang tadi, teman tak jamah apa pun! Allahuakbar! Lemahnya diri ini.. baru diuji dengan kelaparan dah tewas! Lalu teman isi ‘ketewasan’ tadi dengan burger daging seketul!
12.10 pagi
Dari jauh teman dapat melihat orang ramai mula berpusu-pusu keluar! ‘ohh..dah habis rupanya’..Subhanallah! teman dapat melihat betapa ramainya manusia yang keluar!! Tiba-tiba bahu teman dicuit oleh susuk tubuh seorang lelaki
12.35 pagi
Sedang teman berjalan kaki menuju ke kereta, keadaan masih lagi sesak dengan orang ramai yang memenuhi ruang niaga dan tempat letak kereta, teman dicuit oleh seorang lelaki
1.00 pagi
Setelah bersalam-salaman dengan saudara-saudara Unit Amal dari Kota Raja, kami bertolak keluar daripada Shah Alam, melalui Lebuhraya Persekutuan dan susur ke Bangsar…. Didalam hati kami merasa puas dengan apa yang dilakukan hari ini. Semoga Allah SWT merestui perjuangan ini. Demi menegakkan Islam sebagai undang-undang utama negara.. demi persetujuan PAS untuk bertahaluf siasi dengan parti-parti lain. Demi perjuangan yang benar-benar menuntut ketabahan,kesabaran dan pengorbanan daripada pelbagai sudut kehidupan! Semoga kita istiqamah dengan perjuangan yang benar ini!
Takbir! Allahuakbar!
sunsnake - 2.30pagi 18.5.2009, Bukit Sentosa
No comments:
Post a Comment