Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Friday, May 22, 2009

ADUN PAS Kelantan ke rahmatullah


ADUN Manek Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia subuh hari ini di hospital Kota Bharu kerana sakit jantung setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak akhir bulan lepas.

Allahyarham, juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Kuala Krai, meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

Ismail, 60, dilaporkan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kaki.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang kini diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Sewaktu beliau tidak bertanding, calon PAS Mohd Zamzuri Mat Lazim tewas tipis di tangan calon BN Zulkepli Omar dengan 53 undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi (lihat carta).

Jenazah allahyarham dijangka akan disemadikan selepas solat Jumaat, petang ini.

PASZBB
Alhamdulillah, Allahyarham berjaya istiqamah didalam perjuangan Islam ini sehingga ke akhir hayat! Semoga tenang jiwanya setelah mengharungi kehidupan berjuang menegakkan agama Allah SWT ini. Iktibar buat kita yang masih tinggal dalam memperjuangkan kebenaran. Al-Fatihah

No comments:

Related Posts with Thumbnails