Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Thursday, May 21, 2009

Persidangan Kedai Kopi


Salam,

Hari ini, InsyaAllah Mahkamah Rayuan Putrajaya akan membuat keputusan berikutan rayuan DS Nizar. Hakim-hakim akan mula bersidang jam 9.30 pagi nanti. Sejak semalam teman tak putus terima pertanyaan demi pertanyaan sahabat-sahabat sepejabat mahupun panggilan telefon daripada luar yang bertanyakan soalan yang sama “apa cerita Nizar?” hatta daripada mereka yang tidak minat politik pun makin tinggi daya ingin tahu mereka! Benarlah kata Hishamuddin Rais didalam blognya, “Perak jadikan Emas”.


Apa yang berlaku di Perak benar-benar telah ‘mengetuk’ pintu hati mereka yang selama ini ‘buta’ politik. Pengalaman teman sebelum ini agak sukar untuk bersembang ‘politik’ di warung-warung dan kedai-kedai makan. Memanglah ‘apa kelas?’ sembang politik di tempat-tempat sebegitu tetapi inilah sebenarnya denyut nadi rakyat Malaysia! ‘Persidangan’ kedai kopi inilah sebenarnya medan buat kami rakyat bawahan untuk sama-sama berkongsi idea dan pandangan, bertegang leher memperbahaskan pelbagai isu-isu terutama isu politik.


Alhamdulillah, belum ada lagi kejadian ‘heret speaker dengan kerusi’ di warung depan opis nih!

Hari ini, kita akan mengetahui apa yang akan berlaku dalam episod seterusnya ‘Krisis Perlembagaan’ dan ‘rampasan kuasa’ ala-ala Mugabe di negeri teman ini.

Kepada Allah SWT kita serahkan segala-galanya!


sunsnake

1 comment:

freelance said...

Kalau ada akta boleh tuntut komisen, rasanya ramai tokei kedai kopi kaya dengan tuntut komisen je..sebab persidangan berlansung setiap hari, pelbagai usul dibentang dan dibahas, lengkap dengan pencelah..usul undi tak percaya je yang belum ada(tambahan pada speker kena heret)..

Related Posts with Thumbnails