Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu mereka yang menyertai kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang esok melakukannya hingga mati sebagai seorang pahlawan demokrasi.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam nada yang sinis berkata, pihak terlibat hanya mahu mencari publisiti murahan dan berharap pihak media tidak memberi ruang kepada mereka.
Beliau yang kesal dengan tindakan tersebut berkata, tindakan pakatan pembangkang itu hanya akan mencemarkan imej negara.
"Kita mengalu-alukan tindakan mereka. Tetapi jika mereka mahu buat mogok lapar, pastikan mereka buat sampai mati. Nanti kita akan tabur bunga kepada mereka sebagai pahlawan demokrasi," jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.
sunsnake
Kah!kah!kah! Ini bukan kenyataan seorang yang bergelar ahli parlimen! ini kenyataan Mat Rempit@Samseng Jalanan!!! Setakat ini jarang-jarang kita dengar ada yang mati buat mogok lapar. Lagipun ada kumpulan perubatan yang memantau. Ini hanyalah sebagai salah satu cara untuk menyatakan bantahan kepada apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat tak gunakan Polis atau SPR untuk disalahgunakan! Juga tak gunakan mahkamah mahupun peguam negara untuk jadi 'bodoh' seketika dengan Perlembagaan negara!
Sudah-sudahlah Brahim kataki oi.. Perak jadi macam ni pun sebab kesinambungan spesis kamu juga! spesis katak-katak yang tiba-tiba membiak dengan cepat! Oh ya! lupa pulak, rekod katak sang Ibrahim ini telah pun dipecahkan oleh ADUN Bota apabila melompat dua parti dalam masa seminggu! Paper Suara Keadilan yang siarkan berita mamat Bota tu masuk PKR baru nak siar, dia dah lompat masuk balik UMNO!! pehhh!! lagi hebat dari Brahim....
No comments:
Post a Comment