Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Friday, May 15, 2009

Kenyataan Akhbar -Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA INFLUENZA A(H1N1)
DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

15 Mei 2009

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai satu
kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan
POSITIF influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan
pada 15 Mei 2009.
Ini merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di
Malaysia. Beliau merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun,
yang baru pulang daripada Amerika Syarikat pada 13 Mei 2009, mula
mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada 14 Mei 2009,
dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama pada
jam 6.45 petang. Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada
dalam keadaan stabil.

Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan
kawalan termasuk penyiasatan kontak ke atas kes. Ini termasuklah
menghubungi ahli keluarga beliau yang ada sejarah kontak dengan
beliau dan penumpang serta anak kapal yang menaiki kapalterbang
yang sama. Kementerian Kesihatan juga menasihatkan semua
penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA
pada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-
88810200 / 03-88810300 untuk tindakan susulan.

Kementerian
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62590 Putrajaya
Tel :603-88832545
Faks :603-88895542
E-mail:ismailmerican@moh.gov.my

Kesihatan juga meminta semua Klinik-Klinik atau Hospital Swasta
agar sentiasa berwaspada dan merujuk segera kes-kes yang baru
kembali dari negara yang dilanda wabak influenza A(H1N1) dan
mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada
gejala berikut
- batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau
sakit tekak ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.
Sehingga jam 12 tengah malam 14 Mei 2009, selain daripada kes di
atas, Bilik Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC)
Kementerian telah menerima sebelas (11) lagi notifikasi kes dimana
enam (6) kes dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh,
dua(2) kes di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, dan masing-masing
satu (1) kes di Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh, Hospital Pulau
Pinang dan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, bagi
tujuan siasatan dan pemerhatian. Kesemua kes menunjukkan tandatanda
jangkitan influenza dan mempunyai sejarah melawat negara
yang dilanda wabak berkenaan. Sampel klinikal kesemua pesakit
tersebut telah dihantar kepada IMR untuk ujian makmal dan didapati
negatif.

Sehingga kini 20 thermal scanner telah dipasang di pintu masuk
negara. Sebanyak 9,324 individu yang tiba dari negara terbabit telah
disaring. Daripada jumlah tersebut, 8,395 (90%) orang disaring di
pintu masuk udara, 164 (1.7%) di pelabuhan dan 763 (8.2%) di pintu
masuk darat. Namun begitu, tiada yang dirujuk ke hospital rujukan
bagi tujuan penyiasatan. Sehingga 14 Mei 2009, kumulatif
penumpang udara yang telah disaring di semua lapangan terbang
antarabangsa terkumpul seramai 82,236.
Bilik CPRC Kementerian Kesihatan telah menerima sejumlah 53
pertanyaan (51 panggilan dan 2 email) daripada orang ramai yang
bertanya berkaitan dengan nasihat perjalanan ke luar negara,
rawatan dan vaksin serta saringan.

Sehingga 15 Mei 2009 jam 8.00 pagi Malaysia, Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) memaklumkan satu (1) negara baru terjejas dengan
influenza A(H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan 1 kes menjadikan
jumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah. Kumulatif kes
adalah sebanyak 7,457 kes influenza A(H1N1) disahkan oleh ujian
makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding dengan
laporan pada hari sebelumnya. Peningkatan ini dilaporkan di enam
(6) buah negara iaitu di USA (946), Mexico (387), Kanada (31),
Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1). Dua (2) lagi kematian
dilaporkan di Mexico menjadikan keseluruhan kematian kepada 65
orang.
WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran Influenza Pandemik di
Fasa 5 semenjak 29 April 2009 dan TIDAK menyarankan sebarang
tindakan sekatan dari segi perjalanan, perdagangan serta penutupan
sempadan yang perlu dilakukan oleh mana-mana negara bagi
perlindungan kesihatan antarabangsa. Walau bagaimanapun,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau situasi
semasa berkaitan kejadian Influenza A(H1N1) sama ada secara
global ataupun di dalam negeri.

Justeru, orang awam dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan
antarabangsa ke luar negara yang dilanda wabak ini. Individu yang
baru kembali dari negara yang dilanda wabak influenza A(H1N1) dan
mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada
gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau
sakit tekak, dinasihatkan untuk mendapat rawatan doktor. Disamping
itu, tiada risiko mendapat jangkitan influenza A(H1N1) sekiranya
daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul.
Kementerian Kesihatan akan terus memaklumkan orang ramai
mengenai situasi semasa wabak ini di seluruh dunia khususnya di
Negara-negara yang dilanda influenza A(H1N1).

Maklumat terkini mengenai influenza A(H1N1) ini boleh diperolehi melalui laman
sesawang Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan
pengumuman KKM melalui media dari masa ke semasa.
KKM ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang
dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini. KKM dengan
kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan
situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil
bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI MOHD ISMAIL MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 15 Mei 2009

PASZBB
hmmm.. musykil gak macam mana Hamba Allah ini terlepas daripada saringan di airport.
Moga-moga dia kembali pulih dan tiada lagi yang terkena wabak ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails