SPR selaku komponen Barisan Nasional yang termuda akhirnya tewas di tangan PKR daripada Pakatan Rakyat sebentar tadi. Dalam keadaan terpaksa dan bersedih, pegawainya terpaksa mengumumkan akan kemenangan calon Pakatan Rakyat, Dr.Mansor Othman dengan menewaskan SPR dan beberapa calon bebas tajaan BN yang lain.
Ini adalah salah satu bukti betapa SPR merupakan komponen BN....
Penanti: Pengundi dipindah kawasan Parlimen
May 31, 09 10:19am
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Mansor Othman mendakwa berlaku kes kehilangan nama pengundi dalam senarai pemilih.
Mansor mendakwa, sehingga jam 9.30 pagi tadi, terdapat tujuh hingga lapan nama pengundi, tidak ada dalam senarai pemilih.
Katanya, apa yang berlaku sama seperti ketika pilihanraya umum 2004 lallu di mana ramai pengundi dipindah ke kawasan lain tanpa pengetahuan mereka.
Dalam pilihanraya umum 2004, ribuan pengundi, terutamanya di Selangor, mendapati nama mereka dipindahkan ke kawasan lain, menyebabkan keadaan menjadi kecoh, dan memaksa tempoh pengundian dilanjutkan hingga jam 8 malam.
Sehubungan itu, Mansor menyuarakan kebimbangan bahawa perkara itu akan menjejaskan jumlah pengundian hari ini.
Lim juga menyifatkannya sebagai satu 'komplot' untuk mensabotaj pengundian hari ini.
Mansor pula berkata, PKR akan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika terdapat banyak lagi kes kehilangan nama pengundi.
Sementara itu, seorang pengundi, Tan Soon Guan yang sudah dua kali mengundi sebelum ini - sewaktu pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu - mendapati namanya tiada dalam senarai pemilih di pusat pengundian Jit Sin. Pemeriksaan kemudiannya mendapati nama beliau telah dipindahkan ke DUN Berapit yang terletak di dalam kawasan Parlimen Bukit Mertajam.
Sementara itu, dalam reaksinya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pengundi sepatutnya memeriksa lebih awal nama mereka dalam senarai pemilih. Dengan itu, katanya, pihak SPR akan dapat mengenalpasti masalah tersebut. Oleh itu, Abdul Aziz berkata, mereka tidak boleh menyalahkan SPR mengenai perkara itu.
sunsnake
Statetement paling bodoh dalam sejarah Malaysia buat kali yang kedua! Dulu dia minta jangan pilih calon yang nak mati! Hari ini, rakyat kena semak sendiri kelalaian SPR!! dia dah buat silap tertukar atau sengaja menukar tempat mengundi untuk rakyat, lepas tu dia marah kenapa rakyat tak semak dahulu kerja-kerja dia??
Inilah yang dinamakan pencacai merangkap bangsat UMNO! sudahlah Abdul Aziz pencacai pengangkat najis Najib.. Rakyat dah makin meluat dengan kamu... sama je hina kamu dengan zambiri Mb Mahkamah perak tuh!
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment