Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, May 25, 2009

Eksklusif - Apa sudah jadi dengan Tok Mufti?

sumber - pahangdaily


Inilah akibatnya bila golongan ulamak dan agama takut untuk menegur kebobrokan yang dilakukan oleh pemerintah yang zalim. Akhirnya mereka akan bercetuju dan terus bersekongkol dengan mereka, biarpun dia tahu "nahi mungkar" dan "halal haram" sesuatu perkara. Sebelum ini telah ramai golongan ugama seperti Pirdaus Ismail (bekas Imam Besar Masjid Negara), Fadzil Hanafi (Penceramah Agama RTM), Mashitah Ibrahim (Pendakwah Bebas), Jamil Khir Baharom (Pendakwah Bebas Dari KAGAT) dan kini yang terbaru ialah Harussani Zakaria (Mufti Perak). Terdapat petanda awal yang Mufti Perak ini sudah mula lari dari "matlamat asal kewujudan dirinya itu". Beliau yang sepatutnya menegur segala kepincangan, kezaliman dan penyalah gunaan kuasa yang berlaku dalam kerajaan, kni seolah-olah memihak pula kepada kerajaan yang memerintah. Benarkah Harussani kini sudah berubah?. Apakah dek kerana janji-janji kemewahan maka manusia seperti Harussani boleh terpengaruh dan mahu bersekongkol dengan mereka?. Apakah beliau lupa yang kesemua golongan agama terbabit, terutamanya yang sanggup menjilat ludah mereka sendiri itu kini tersiksa dan merana akibat ditolak majoriti rakyat. Inilah hakikatnya buat Harussani. Beliau yang sebelum ini cukup popular dengan kelantangannya dalam mengeluarkan hujjah kini seolah-olah berada dalam tekanan dan sanggup lakukan apa sahaja demi mempertahankan tindakan kerajaan hari ini. Apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada Mufti Perak ini sebenarnya?. Masih kita ingat, beliau telah dengan lantangnya mengharamkan "konsert Sure Heboh @ Jom Heboh TV3" dulu.

Namun, tatkala BN merampas Perak beliau sanggup pula pekakkan telinga dan membiarkan saja program ini diadakan baru-baru ini. Malah, beliau juga adalah mufti yang lantang mendedahkan begitu ramai anak-anak muda Melayu yang telah "murtad". Malah beliau turut mendedahkan begitu banyak fail "murtad" yang telah diterima oleh pihak berkaitan. Kemudian beliau juga telah menjadi juara dalam banyak kes-kes yang melibatkan rakyat Malaysia sebelum ini hingga akhirnya dianugerah tokoh agama oleh kerajaan UMNO dan BN pada masa Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Difahamkan beliau menerima ganjaran lumayan atas anugerah tersebut yang akhirnya memaksa beliau "menutup mulut dan matanya" dari menegur kerajaan. Maka itulah kita tidak hairan, dalan banyak isu politik yang berlaku sekarang ini Harussani lebih banyak mempertahankan UMNO dan BN daripada rakyat secara keseluruhannya. Malah beliau dilihat sebagai "wira dan penyelamat parti karat itu" bila begitu cepat memberi "fatwa" mengkritik tindakan-tindakan pro-rakyat yang diambil oleh Pakatan Rakyat Perak di bawah pimpinan Nizar Jamaluddin. Misalnya dalam kes Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Dr Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamamah Tinggi dalam tempoh kurang daripada empat jam setelah permohonan dikemukakan, Harussani juga mengikut jejak langkah yang sama apabila membidas keputusan Pakatan Rakyat itu tidak sampai beberapa jam setelah pengumuman dibuat. Beliau turut memperlecehkan semangat rakyat Perak untuk menegakkan amalan demokrasi di negeri mereka yang telah dinodai oleh UMNO dan BN.

Kenyataannya bahawa Pakatan Rakyat sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar."Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang, Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya," katanya. Terbaru, beliu juga mengkritik satu keputusan politik yang diambil Pakatan Rakyat berhubung tindakan mengadakan puasa sunat dan mogok lapar selama tiga hari mulai esok. Kritikan tersebut jelas membuktikan bahawa Harussani ternyata tidak akan menyokong apa jua tindakan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan kemelut politik di Perak. Maka, sungguh malang nasib rakyat Perak kerana terpaksa menerima lagi Mufti Harussani sebagai tokoh agama kebanggaan mereka. Harussani kini sudah "Haru Biru", jiwanya sudah kacau bila antara dua persimpangan. Mahu ditegur kerajaan takut kehilangan segalanya. Mahu atau tidak terpaksalah beliau bersekongkol dengan kerajaan UMNO dan BN untuk menggasak Pakatan Rakyat. Apakah beliau sedar atau tidak dengan apa yang berlaku itu agaknya?. Namun, dari hati kecil rakyat Perak kini sudah terbuku satu perasaan kecewa kepada tokoh agama yang mereka sanjung selama ini. Harussani kini sudah berubah. Beliau dilihat lebih UMNO dari puak-puak karat itu sendiri. Lantaran itulah beliau akan menyokong apa jua tindakan yang dilakukan oleh mereka, biarpun beliau tahu kebenarannya.

PASZBB
Wallahua'lam...

No comments:

Related Posts with Thumbnails