Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Wednesday, May 20, 2009

'Tiada usaha rapat semula' - Hashim Suboh

sumber - malaysiakini

"Tetapi saya tidak tolak sebarang kemungkinan (menyertai pembangkang)," katanya lagi.

Hashim berkata, pemimpin Umno yang kalah dalam pemilihan parti tahun lalu telah dilayan seperti pariah.

"Saya juga jadi pariah walaupun rasanya saya tidak bersalah kepada Umno," katanya.

Beliau berkata, pemimpin yangi menang dalam pemilihan parti tidak berusaha untuk merapatkan semula kepimpinan parti selepas berlakunya pertandingan jawatan utama peringkat bahagian di Perlis.

Hashim berkata, sebaliknya mereka bersikap "orang menang dapat semua dan orang kalah hilang semua".

"Penyokong bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim dipinggir dan disisihkan.

"Menteri Besar Datuk Md Isa Sabu tidak memberi ruang kepada kumpulan Datuk Seri Shahidan.

"Isu Perlis ialah bukan sahaja melibatkan dua pemimpin utama itu tetapi juga membabitkan penyokong Datuk Seri Shahidan dan Datuk Md Isa," katanya.

PASZBB
memang jadi abu.. kalah jadi arang.. kepada semua ahli UMNO Perlis, dengan rendah diri teman mengajak semuanya agar keluar la dari parti yang semakin karam tersebut. Janganlah kita bersama lagi dengan orang-orang yang rugi! Perjuangan kerana nama, harta dan pangkat memang akan berkesudahan sebegini! cuma persoalan cepat atau lambat sahaja. Di Malaysia sesudah lebih 50 tahun berlalu selepas hari kemerdekaan baru kita dapat melihat kemucak kepada kuasa sekular dan kebendaan ini merudum dan InsyAllah akan dilenyapkan dengan kekuasaan Allah dan ketegasan rakyat marhaen!

Marilah menyertai jemaah Islam, kita berdakwah melalui politik, mengamalkan dengan sebaik mungkin politik Islam. Kita berusrah untuk menguatkan jiwa dan jemaah. Kita bermesyuarah untuk menjana perancangan yang lebih baik dan teratur. Kita berqiamullail untuk mencari ketenangan dan keredhaan Allah. Kita berpolitik atas apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Kita jadikan Al-Quran, Hadis Sahih, Qias dan Ijma' Ulama sebagai panduan rabbani dalam mentadbir dan menguruskan kehidupan. Kita jadikan Akhirat sebagai sasaran keselamatan! Jadikan Alam kubur sebagai tempat beristirehat setelah sepanjang hidup berusaha menegakkan kalimah Allah SWT.

Marilah kita jadikan setiap gerak, denyut nadi dan jantung, setiap hela nafas, setiap kerdipan mata sebagai perkara yang mendatangkan pahala. Agar tidak muflis sebaik munkar dan nakir memberikan salam!

No comments:

Related Posts with Thumbnails