Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Tuesday, May 19, 2009

Berita Buruk Untuk Para Pengguna TMnet Streamyx

sumber - hanief.blogspot

Bermula dari bulan MEI 2009, TMnet Streamyx telah menyempitkan jalur lebarnya. Semua nombor IP terlibat. Hanya nombor IP yang bermula dengan 60.48.XXX.XXX sahaja yang berkelajuan seperti biasa.

Jika anda menggunakan router bagi mendail nombor ini, anda memerlukan paling kurang 10 minit (itu pun jika anda bernasib baik).

Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, TMnet Streamyx melakukan ini semua bagi menghadkan penggunaan Internet di kalangan orang biasa agar mereka kembali kepada media lama iaitulah TV dan radio (yang semua orang tahu ia dipantau oleh kerajaan).

Media baru seperti SMS, MMS dan Internet dilaporkan telah menggugat keuntungan syarikat siaran televisyen besar seperti Media Prima dan juga menggugat politik Barisan Nasional. Mereka semakin kehilangan penonton dan juga para pengiklan yang menjadi tunjang syarikat mereka. Kerajaan Barisan Nasional pula semakin kehilangan para penyokong. Jika anda tidak percaya, sila rujuk video di bawah:-


Media Prima Pun Bungkus


Media Prima Pun Bungkus


Barisan Nasional Tak Cukup TV , Nak Berblog Pula

Lantaran dari itu, janganlah anda hairan mengapa talian 1-300 TMnet Streamyx sering sibuk. Mereka dihujani dengan aduan sama dan tiada apa yang boleh pekerja mereka lakukan.

Mereka hanya menjalankan tugas. Mereka ibarat polis yang menerima arahan daripada Perdana Menteri. TMnet juga terpaksa menggaji pekerja yang bodoh dan jujur bagi menjayakan projek kotor kerajaan ini. Ini juga, telah mengakibatkan bilangan pekerja mereka menjadi sedikit sehingga membuatkan anda terpaksa menunggu lama, menanti skrip klasik yang tersusun dari kakitangan TMnet ini.


Streamyx -Customer Service

Ramai kakitangan yang berpengalaman di TMnet telah berhenti dan ada yang bekerja dengan syarikat jalur lebar yang lain, di dalam dan di luar negara.

Johan Jaafar selaku orang nombor satu Media Prima yang baru, jelas sekali kekurangan idea bagaimana untuk memenangi hati penonton dan pengiklan serta mengelak bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional.

Sekatan sistematik yang tersembunyi ke atas Internet kita ini, bukan sahaja menyusahkan para penulis blog, tetapi juga syarikat kecil dan besar yang berasaskan Internet. Jika syarikat anda selalu menggunakan Internet bagi tujuan emel atau pun sebagai alat komunikasi (Skype, MSN, YM dan lain-lain) syarikat anda juga akan turut berada di dalam masalah yang sama.

Harap maklum.

Sebarkan pada rakan-rakan anda yang masih kebingungan akan masalah sebenar kelajuan TMnet Streamyx.

PASZBB
Pulak? jika benar berita ini, nampaknya UMNO-BN sedang mencipta sumber-sumber kebencian rakyat lagi! Akan datang, golongan 'cyberian' yang tidak berparti pun akan turut membenci mereka dek kerana tindakan patah balik ke belakang ini! Mengapakah UMNO-BN tidak mahu turut sama menggunakan teknologi ini untuk mengembalikan kepercayaan rakyat? atau mereka telah merasakan 'kekalahan' mereka dalam perang cyber?
Sekali lagi diulangi, sekiranya benar tindakan mereka ini, maka bertambahlah kebencian rakyat kepada mereka! Secara ikhlas, kami memberi amaran kepada pendokong-pendokong idea 'gila' ini agar menghentikan perancangan yang amat 'bodoh' ini!

No comments:

Related Posts with Thumbnails