Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, May 26, 2009

UMNO bawa lari pengundi?? Hok aloh...


PENANTI, 26 Mei (Hrkh)-Umno Bahagian Permatang Pauh dipercayai mengadakan rombongan ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan tujuan melarikan sebahagian besar ahlinya pada 31 Mei ini.

Kegiatan tersebut dipercayai semata-mata menghalang ahlinya daripada menyertai pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) iaitu tiga bebas dan seorang calon Pakatan Rakyat.

Harakahdaily dimaklumkan oleh sumber, bas disediakan di semua cawangan dan terpulang kepada ahlinya untuk turut serta atau sebaliknya.

"Kepada mereka yang tidak kesempatan menyertai rombongan tersebut mereka dinasihatkan memboikot pilihan raya berkenaan bagi mengurangkan peratus jumlah keluar mengundi," kata sumber terbabit.

PASZBB

Pengerusi SPR?? dimanakah suara kamu? Mengapa diam?? dah takde akta dah ke? boleh ke bawak lari pengundi? Secara terang pulak tuh! Ke kamu yang jadi pencetus ideanya? Selain "law" untuk parti-parti yang bertanding, takde ke "law" untuk parti yang tak bertanding tapi sibuk macam bertanding?? ke SPR dah 'hilang' akta?

No comments:

Related Posts with Thumbnails